Wednesday, February 24, 2010

Sabah Trip



Bangunan Warisan Tun Mustafa


Saya sering mencadangkan pada anak-anak saya agar sekali dalam setahun kita perlu berkumpul sekeluarga bercuti samaada dalam atau luar negeri. Pada hemat saya ini adalah penting bagi kita melupakan aktiviti harian tugas masing masing dan bersama bersembang, beriadah, bergurau senda dan gelak ketawa dan ini mengeratkan lagi silaturrahim sekeluarga. Tugas merancangan perjalanan, pemilihan lokasi bercuti, penginapan dll diserahkan kepada Azah dan Azam. Yang lain akan ikut saja.


Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2


Di Hotel penginapan

Nah ...akhirnya pada Januari lepas Kota Kinabalu Sabah telah dipilih sebagai distinasi percutian tahun ini. Kami berlepas dari LCCT Sepang jam 1100 dengan Air Asia. Penerbangan 2 1/2 jam amat menyeronokkan. Percutian kami selama 3H2M.


Hari Pertama:
1. Sampai airport tengahari. Selepas urusan ketibaan selesai ambil limo untuk ke hotel di Jalan Tun Fuad
2. Checkin hotel dan berihat seketika.
3. Shopping di pasar Filipina (mutiara) dan pasar kering.(udang kering, ikan bilis dan makanan ringan tempatan).
4. Minum petang.
5. Makan malam seafood. (ikan, sotong & udang bakar). Enjoy juga......
6. Meninjau ke pasar Malam Kg Air.



                                                               Pasar Malam Kg Air



                                                       Membeli belah di Pasar Filipina



                                                Makan malam seafood di Waterfront City

Hari Kedua:
1. Checkout hotel dan terus bersarapan pagi.
2. Sewa sebuah Proton Exora Satu setengah hari. Mahal juga harganya. Terus pandu keliling bandar.
3. Dalam perjalanan ke Kundasang, singah di Bangunan Warisan Tun Mustafa. Melawat sekeliling bangunan
dan naik ke cafeteria di tingkat 17. Pandangan indah bandaraya K Kinabalu dari sini.
4. Meneruskan perjalanan ke Kundasang melalui Tuaran. Kami limbas USM dan kompleks One Borneo.
5. Perjalanan ke Kinabalu Park terus menerus mendaki lereng gunung sejauh 88KM. Waktu mendaki Azah drive.
6. Singgah makan tengahari di R&R Nabalu di Restoren Othman. Makan nasi goreng seafood. Sedap juga kerana
betul betul lapar. Minuman manis tiada kerana kehabisan gula pasir. Gula belum sampai kata pengusahanya. Malang betul kerana tak kena Teh tarik dah 2 hari.
7. Sampai ke Kinabalu park, terus ke Timpohon Gate salah satu tempat permulaan mendaki gunung Kinabalu
(Low peak 4095 m). Satu lagi adalah di Misilau gate. Pendaki solo tanahair dari Utusan Melayu masih ada
diatas. Saya dan isteri cukup disini saja, tapi anak-anak mencuba trek pendakian. Kena bayar RM5 seorang.
Tapi satu jam kemudian dan balik dengan tercungap cungap. Tak ada stamina......
8. Meningalkan Kinabalu Park dan terus ke TM Resort Kundasang. Bilek ok murah saja harga staff price guna
nama Azah. RM100 untuk 2 bilek. Keadaan persekitaran sangat sejuk dari siang dan malam sampai ke pagi.
Walaupun tak ada aircond dan kipas siling tetapi keadaan sangat sejuk.
9. Lepas berihat seketika terus ke Hotspring Poring tempat perkelahan, air terjun, kolam air panas dan macam
macam lagi. Kami tak lepas peluang untuk merendamkan kaki ke dalam kolam air panas. Boleh tahan juga....
10. Jam 5 ptg balik semula ke Resort. Pertengahan jalan singgah di pekan Ranau untuk makan malam. Sedap
juga masakannya. Seronok sembang terus menuju ke kereta. Dalam masa buat u-turn untuk balik
seorang budak perempuan menahan kereta kami. Rupanya pembantu restoran tadi memulangkan camera.
Puh.. masing masing baru teringat,  muka cemas. Rupanya yang pegang camera Syukri.
 Dia lalai....hampeh..Terima kasih banyak banyak semoga ALLAH memberi balasan kepada
pembantu tadi. Kalau tidak tak ada gambarlah nampaknya. Camera baru beli pulak, umur baru 2 hari. Nasib
nasib......
11. Malam tiada aktiviti. Tidur awal keletihan. Sejuk sampai ketulang.












Mendaki trek ke Puncak gunung Kinabalu.....kalau boleh



















Bangunan warisan Tun Mustafa




















Di Timpohon Gate - Tempat mula pendakian















Jambatan gantung di Hotspring, Poring














Pondok Timpohon - Keletihan mendaki
















Merendam kaki di kolam air panas di Poring















Hari Ketiga:
1. Bangun awal pagi kerana cukup tidur. Berkemas kemas untuk checkout dan bersarapan pagi.
2.Bersiar siar sekitar pekan kundasang. Macam kampung saja. Pagi aktiviti jualan sayur yang subur subur dan murah. Kawasan lereng bukit/gunung memang sayurannya subur.
3. Meneruskan perjalanan balik ke KK. Waktu balik menurun gunung Azam drive. Singgah sebentar di Tamparuli dan menyusur Jambatan Gantung yang popular tu.
4. Singgah di masjid Bandaraya KK untuk iktikaf, solat sunat tahyatulmasjid dan Dhuha. Selesai terus mencari tempat makan tengahari.
5. Dalam perjalanan ke International Airport KK, masuk kekawasan Sutera Habour Beach Resort dan golf course. Memang cantik. Lepas tu terus ke Tg Aru Beach. Pantainya boleh tahan juga.
6. Susah sangat nak cari restoran melayu dikawasan ini, beli ayam KFC saja untuk makan tengahari.
7. Sampai airport urusan pemulangan kereta, rehat dan makan.
8. Checkin luggage dan ambil boarding pass. Flight kali ini dengan MAS bertolak jam 1625. Tapi yang tak syoknya ada satu stop. Iaitu transit Labuan selama 1/2 jam. Duduk airport Labuan saja. Dalam flight ada hidangkan Nasi Baryani panas. Lepas makan terus tidur sampai KLIA.












 Tak takut pun posing di Jambatan Gantung Tamparuli

















Jambatan Gantung Tamparuli













TM Resort Kundasang


















Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
















Pantai Tanjung Aru
















Transit 30 min di Lapangan Terbang Labuan
















Berihat di International Airport Kota Kinabalu















Semoga bertemu di lain distinasi percutian........

Sunday, February 21, 2010

Selamat Bertunang





Sessi debat sedang berlangsung

Alhamdullillah, kelmarin Sabtu 20/02/10 berlangsunglah majlis pertunangan anak lelaki sulong saya. Majlis yang sederhana hanya dihadiri adik beradik, ipar duai, anak-anak dan cucu saudara. Tidak ketinggalan rakan karib saya Amer (Geng kamcing) serta isterinya Badariah. Dengan izin Allah majlis berjalan dengan sempurna dan teratur. Syukur alhamdullilah......

Yang turut serta menghantar ke Taman Desa Mengkuang, Gelang Patah ialah adik-adik dari Muar, Nain & Ida anak beranak, Asheed & Adnan suami isteri, anak saudara Rozy & anaknya. Dari JB adik, Hashim & Fadilah suami isteri, Ipar Jamalimah & anaknya, Ipar Azizah & anaknya, dan Ipar Omar & anak anaknya dari Pasir Gudang. Rombongan 8 buah kereta dan jurucakap diketuai oleh tak lain tak bukan abang sulung saya Hj Azhar bekas Pengulu Pontian & kak Jah.

Terima kasih juga pada Hashim yang sudi menjadikan rumahnya di masjid Mominbi Ahmad Angguilia sebagai rumah sanggar dan berihat rihat. Juga tolong menyediakan juadah makan tengahari untuk kita semua. Terima kasih banyak banyak kepada semua adik beradik & anak cucu semoga ALLAH sahaja yang membalasnya.






Bersedia untuk bertolak ke Gelang Patah.














Kyusuk mendengar hujah kedua dua belah pihak.















Kyusuk sangat sampai ada yang nak tertidur










Sessi menyarung cincin pertunangan.














Bersalaman dan cium tangan pulak.....











Sekarang baru boleh makan. Semuanya dah beres.





























Marilah kita mendoakan agar pertunangan mereka berdua berkekalan hinggalah ke jinjang pelamin nanti. Insyallah........

Amin Amin Ya Rabbul 'alamin..........

Monday, February 15, 2010

Mengerjakan Umrah - 2006



Alhamdullillah saya sekeluarga telah pergi menunaikan umrah selama 16H14M dari 27/05/06 - 11/06/06. Pemergian kami diuruskan oleh Shahid Travel & Tours B/Pahat. Perjalanan pergi/balik dengan Qatar Airline tidak menjemukan. Penerbangan pergi transit satu malam di Doha, Qatar. Masa tu Doha sedang sibuk dengan persiapan untuk jadi host sukan Asia. Pembangunan , ubahsuai bangunan dan kerja mencantikan lanskap bandaraya berjalan rancak.


                             Kat Doha pun ada Proton


                       Penginapan 1M di Doha Qatar.


 Masjidil Nabawi Madinahtul Munawarah. Baru lepas solat subuh.

















Latarbelakang perkuburan baqi',bersedia untuk perjalanan
ke Mekah selepas solat subuh.Asheed & Adnan ikut sekali



















                 Masjidil Haram Mekahtul Mukaramah

















                             Perkhemahan di Mina.

















Jabbal Rahmah di Araffah. Muka cemas kerana unta dah dekat.


















Miqat di tanah halal - Masjid Tana'em. Syukri ngantuk kerana buat umrah lepas subuh.

















Masjid terapong di Jeddah - Laut Merah.

Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana hajat untuk membawa anak anak menjejaki Tanah Haram dan menziarahi Masjidil Haram Mekah, bersolat, tawaf di Kaabah, beribadah di Raudhah Masjidil Nabawi Madinah, menziarahi makam Rasullah saw dimakbulkan Allah. Amin....

Saya sentiasa berdoa agar saya, isteri dan anak anak dapat menjejakkan kaki tanah haram ini samaada mengerjakan haji atau umrah sekali lagi. Insyallah.........