Monday, May 24, 2010

Melaka Bandaraya Bersejarah

Bulan lepas balik dari sembahyang jumaat, Azah terus memberitahu agar bersiap untuk ke Melaka bersiar-siar dan lepas tu ke Umbai makan ikan bakar. Sejak bersara Nov 2008, saya belum ke Melaka lagi kerana tiada apa apa yang perlu diuruskan disana. Masa kerja dulu boleh dikatakan setiap bulan ada saja urusan di Melaka. Mesyuarat, kursus, seminar, bengkel, odit ISO dan macam macam lagi.

Ikutkan hati macam malas, kerana lepas solat jumaat  tidur sekejap  bagus juga. Tapi ingatkan pekena ikan bakar kat Umbai gagahkan juga. Kami berempat, saya, isteri, azah dan syukri bertolak dari rumah jam 3 petang.

Dah lama tak pergi Melaka. Banyak perubahan ketara di Bandar Bersejarah ini. Lepas bayar tol dah mula "jammed". Sepanjang jalan Lebuh Air Keroh banyak lokasi pelancungan yang menarik. Memang cantik, tak macam pergi JB tak ada apa apa. Balik balik D-bay (Danga Bay).

Banyak juga tempat dilawati bermula ke Bandar Hilir
1. Menara Taming Sari. Menara berputar setinggi 110 meter dan berpusing 360 darjah.
2. Underground Shopping Mall dibawah padang Pahlawan ( dulu tahun 80an tempat ini padang rumput biasa dan deretan gerai makan dengan harganya sembelih orang........mahal).
3. Tak ketinggalan pergi juga ke Jusco terbesar di Asia. Penat juga berjalan tengok barang. Tak dapat satu apa pun yang dihajati. Mahal tunggu ada "Jusco sale" nanti, menurut kata salesgirl disitu.
4. Menyusur sungai dari Taman Rempah ke Bandar Hilir - Melaka River Cruise. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Pemandangan waktu malam sangat cantik. Sungai yang dulunya kotor boleh bersih dan cantik.

Lawatan ke Melaka diakhiri dengan pergi ke Umbai makan ikan bakar. Seronok juga kalau dapat kesini selalu. Sampai rumah jam 1 pagi.





Menara Taming sari


Pemandangan dari atas Menara




                                                                Pemandangan diwaktu malam


Berehat di Underground Shopping Mall di Padang Pahlawan


Melaka River Cruise - Hentian Hang Jebat Taman Rempah


  
Pemandangan di sepanjang Sungai Melaka.







           Masjid terapong - Masjid Pulau Selat








Makan ikan bakar, ketam, sotong di Umbai













Alhamdullilah...Saya bersyukur keatas nikmat yang telah dianugerahkan oleh ALLAH swt.

Sunday, May 9, 2010

Ibu Dikasihi - Sempena Hari Ibu

Almarhumah ibu yang dikasihi

Ibu, mak, ama, mama, ummi dan apa sahaja perkataan yang digunakan untuk memanggil seorang wanita yang begitu agung bagi seorang anak. Ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat anaknya, tidak kira apakah akibat yang akan ditanggung olehnya, seorang ibu tetap akan cuba melakukan yang terbaik buat anak-anaknya.

Adakah kita pernah diuji didalam kehidupan yang kita lalui untuk mempertahankan seorang yang kita kasihi dan cintai? Pernahkah kita melalui suatu pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan diri kita? Pernahkah kita merasai betapa nikmatnya apabila kita dapat melakukkan sesuatu yang mungkin dirasakan sukar oleh orang lain tetapi begitu mudah buat diri kita kerana kita benar-benar mencintainya. Ibu pengorbanan yang telah engkau lakukan adalah suatu yang tidak dapat dibalas dengan nilai wang dan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Bagaimana sikap kita terhadap seorang wanita yang bergelar ibu didalam kehidupan kita? Adakah kita benar-benar mengutamakan dirinya? Adakah kita benar-benar mencintainya sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat wanita ini sentiasa gembira didalam kehidupannya? Adakah kita sanggup mengambil cuti hanya untuk duduk disisinya dan berbual mesra dan mengingati saat-saat lalu untuk mengembalikan detik-detik pengorbanan yang telah mereka lakukan keatas diri kita yang tidak mungkin mampu untuk kita membalasnya.

Apakah yang telah terjadi kepada dunia hari ini? Dunia dipenuhi oleh anak-anak yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding dengan ibu-ibu mereka, dunia dipenuhi oleh anak-anak yang mencintai kerjaya, mencintai kekayaan, mencintai nafsu berbanding dengan ibu dan ayah mereka, Mengapa jadi begini? Ini disebabkan ramai anak-anak telah tiada nilai yang sebenarnya terterap dalam diri mereka, mereka tidak dapat mengenal Allah swt didalam kehidupan, mereka lebih mengenali artis, lebih mengenali pelakon, lebih mengenali pemain bola sepak berbanding dengan mengenali Rasulullah saw. Adakah kita sedar apakah yang telah kita terapkan agar anak-anak kita mempunyai nilai-nilai yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah swt. Tanpa kita dapat kembali kepada nilai yang sebenar maka kehidupan ini akan lebih bermasalah dan kehidupan tanpa tujuan.

Dunia memerlukan diri kita untuk mengubahnya, apa yang kita lakukan sekarang akan mengubah segala yang berlaku dimasa akan datang, tanpa kita bersungguh-sungguh melakukannya tiada perubahan yang berlaku, kita hanya mampu melakukan yang terbaik dan keputusan adalah milik Allah swt. Marilah kita mempersoalkan apakah yang terbaik yang telah kita lakukan untuk memberikan keputusan yang terbaik di kemudian hari nanti. Walau apapun keputusan terhadap usaha yang kita lakukan adalah milik Allah swt untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu melakukan apa sahaja yang Dia ingini.

Semuga kita sentiasa menjadi anak-anak yang diredai oleh Allah swt. Amin

Thursday, May 6, 2010

Sambutan Hol Almarhum Ayahanda

Gambar Almarhum Abah
Pada Sabtu  01 Mei 2010, kami adik beradik telah sepakat untuk mengadakan sambutan Hol Almarhum Ayahanda kami dirumah pusaka di Kg Dato Bentara Luar Muar. Majlis bermula jam 10.45 pagi dimulakan dengan bacaan yassin dipimpin oleh abang yang tua Hj Azhar  dan diikuti dengan tahlil dipimpin oleh Imam surau Temenggong Ahmad Jalan Daud Tn Hj Ahmad Farid.

Bacaan Yassin dan tahlil

Majlis ini juga sempena kembalinya ke Rahmatullah ibu kami baru hari yang ke 27 hari. Juga pahala bacaan yassin dan tahlil ini disedekahkan kepada arwah kakak dan adik-adik kami yang telah pergi dahulu mengadap Illahi.

Tarikh kematian Ayah, Ibu, kakak dan adik-adik:
1. Abah  Hj Mohd Tahir Kudin    pada   21/08/98 Jumaat  28 Rabiulakhir   1415 di Kuala Lumpur
2. Emak Hjh Aminah Abdul Raof pada   04/04/10 Ahad    19 Rabiulakhir   1431 di Kuala Lumpur
3. Kakak Hjh Ramlah                  pada   21/03/91 Khamis 04 Ramadan      1411 di Muar
4. Adik Azman                            pada   06/03/07 Selasa   06 Safar            1428 di Johor Bahru
5. Adik Tajuddin                         pada   19/10/04 Selasa   05 Ramadan      1425 di Kulai
6. Adik Saadiah                          pada   12/10/98 Isnin      21 Jamadilakhir 1419 di Kuala Lumpur

Mencukur rambut anak Zulkarnain yang ke 7

Sebelum beredar ke khemah jamuan, para jemputan bangun dan berdiri beramai berselawat dan sambil itu acara potong jambul dijalankan. Majlis ini hajat Zulkarnain untuk anaknya yang ke 7, Naimah namanya.
Jemputan wanita dan sanak saudara turut bangun berselawat

Jamuan makan tengahari dikemah dalam kawasan perkarangan rumah
 
Jemputan perempuan makan dianjung depan

Jamuan nasi baryani kambing gam. Daging kambing setelah masak
digam dengan kain putih dengan nasi diatasnya.
Kambing 2 ekor aqiqah sumbangan Zulkarnain




Sebelum meninggalkan majlis kerja gotong royong kemas mengemas dan
basuh membasuh dilakukan olih cucu-cucu almarhum. 

Pada petangnya memandangkan semua cucu cucu almarhum ada pada ketika ini, Nain telah membeli kek harijadi untuk anaknya yang No 5, Napisah untuk dijamu dan makan bersama.



Napisah Tiup lilin


Nak agih-agihkan kek kepada semua orang

Semoga Allah jujuri Rahmat keatas roh kedua ibubapa, kakak dan adik-adik semoga mereka dibariskan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Amin....

Alfatihah..............


Sunday, May 2, 2010

Majlis Ilmu

Sepanjang bulan April ini, saya telah berkesempatan untuk menghadiri majlis maulid mendengar ceramah agama.

1. Di Masjid Bukit Siput - Penceramahnya Sahibulsamahah Ustaz Abu Hassan Din Alhafiz. Sedikit ilmu yang
    dapat saya perolehi ialah ada empat situasi salam yang tidak perlu dijawab.
1.1 Salam dalam sembahyang berjemaah.
      Selepas tahiat akhir imam memberi salam dan tidak wajib makmum menjawab salam
1.2 Yakin yang memberi salam itu bukan orang islam.
      Orang cina (yang kita pasti dianya bukan Islam) beri salam.
1.3 Bercakap dahulu baru memberi salam.
      Ini selalu berlaku. Juruacara majlis, orang politik dan ramai lagi memulakan ucapanya dengan
      menyebut nama VIP dan orang kenamaan berjela-jela, lepas tu baru beri salam. Ini tak payah
      jawab.
1.4 Salam yang dipermain-mainkan.
       Budak budak nakal jumpa perempuan muda, nak ngurat beri salam meleweh-leweh lepas tu   
       cakap tak jawab dosa.... Salam ni pun tak perlu jawab.

2. Taman Nuri Kg Jawa - Penceramah Al Ustaz Tn Hj Omar Abdullah. Ilmu yang perlu dikongsi bersama ialah dalam mengikut sunnah nabi seperti ibadahnya, budi pekertinya, adabnya, perlakuan seharianya , kehidupan berkeluarga dan banyak lagi. Jika tidak dapat melakukan semua tetapi jangan tinggalkan semua. Juga ditekankan tentang "Pengurusan Malam." terutama bagi mereka yang usianya diambang senja. Banyakkan sembahyang malam dan munajat kehadapan ALLAH swt. Nabi juga tidak pernah meninggalkan sembahyang WITIR dan DHUHA.  

Semoga kita muhasabah diri sendiri terutama saya sendiri. Ampunkan aku ya ALLAH.