Monday, March 28, 2011

DOA

 Contoh doa untuk amalan harian

 Nu'man Ibn Bashir meriwayatkan daripada Nabi SAW maksudnya:    " Doa itu adalah Ibadah"


Firman ALLAH SWT ( Surah Al-Ghafir : 60 )


           قَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِين 
Maksudnya:

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)

SYARAT-SYARAT BERDOA

1. Dalam keadaan berwuduk.
2. Dalam keadaan menutup aurat.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk.
5. Tidak tergesa-gesa.
6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah.
7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasullah SAW.
8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dimakbulkan.
9. Diakhiri dengan selawat dan salam.
10.Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.

SYARAT DOA MAKBUL

1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan syubhah.
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.
3. Tidak melakukan perbuatan maksiat.
4. Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA

Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya. 
2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya.
3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal denganya.
4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.
6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
7. Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA

1.  Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan).
2.  Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di-Arafah).
3.  Pada bulan Ramadan.
4.  Pada malam Jumaat.
5.  Pada hari Jumaat.
6.  Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
7.  Pada tengah malam.
8.  Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam).
9.  Sepertiga malam yang pertama ( jam 6 sampai 10 malam ).
10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi).
11. Pada waktu sahur (sebelum fajar).
12. Sesudah berwuduk.
13. Ketika orang azan untuk solat.
14. Antara azan dan iqamat.
15. Ketika orang mengucapkan iqamat.
16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil.
17. Dalam pertempuran di medan perang.
18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu.
19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat).
20. Ketika sedang membaca Al-Quran.
21. Setelah tamat membaca Al-Quran.
22. Ketika minum air zamzam.
23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
24. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama.
25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).
26. Ketika menutup mata orang yang telah mati.
27. Pada waktu turun hujan.

Waallah hu 'aalam.


Rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat.


Sunday, March 27, 2011

Earth Hour - 26/03/2011





Menara Berkembar Petronas serta sebahagian besar bangunan dan pusat membeli-belah di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur bergelap selama sejam mulai pukul 8.30 malam  bagi menyahut kempen Earth Hour yang disambut di seluruh dunia. 



Wednesday, March 23, 2011

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Lama sungguh saya tidak menggunakan penggangkutan darat jenis keretapi ini. Berpuluh-puluh tahun agaknya. Semasa berkhidmat dengan JTM dulu sekitar tahun 70an setiap kali dihantar berkursus ke PLT Jalan Gurney KL,  keretapilah yang digunakan. Mel Siang Singapura - Butterworth Kelas Satu. Itulah kelayakan saya pada masa itu. Guna Waran tiket lagi.  Itu  lama daah....

Selasa 23/03/11 yang lalu saya berkesempatan balik ke Segamat menaiki KTM dari stesen Kajang. Banyak telah berubah dari segi keadaan stesennya, servisnya, tiket, persekitaran didalam tren, tempat duduk, dan macam macam lagi.  Kalau di kelas pertama ada pramugara yang menghantar sebotol air mineral dan sekeping kek. OK le tu......

Tetapi yang masih ditakuk lama ialah  ketepatan waktunya. Perjalanan saya mengikut tiket sepatutnya bertolak dari Kajang jam 0930 dan sampai Segamat jam 1230.  Tetapi tren " delay" 1jam 15 min. Saya hanya meninggalkan Kajang jam 1045 dan sampai Segamat dengan selamatnya jam 1345. Yang ini KTMB perlu perbaiki lagi.


Pesara Kerajaan dapat diskaun 30% untuk setiap perjalanan kalau menunjukan
kad Bersara semasa membeli tiket. Jadi harga tiket RM 24.00 seorang saja.


Setesen KTMB Kajang

Tren komuter  Rawang-Seremban, berhenti sebentar di Kajang.

 Suasana di stesen Kajang
Tren Eastern & Oriental Express (Singapura-Bangkok)

Akhirnya setelah lama menunggu Ekspres Sinaran Selatan dari KL Sentral
 tiba di Kajang jam 1045.

Ruang dalam dan tempat duduk yang selesa.

Pemandangan di Koc JI ( Kelas Pertama)


Alhamdullilah. Nampaknya selepas ini, kalau saya berdua saja nak ke KL tidak payahlah saya memandu kereta lagi. 

Insya Allah.......


Monday, March 14, 2011

Nasi Arab - Restoran Saba' Cyberjaya

Hari minggu yang lalu, saya berpeluang mengunjungi Restoran Saba' di Cyberjaya bagi menekmati nasi arab.  Saya sampai waktu tengahari. Rupanya pengunjung lain telah mendahului hinggakan semua meja disemua ruang restoran penuh. Akhirnya dapat juga apabila satu keluarga selesai menjamu selera.

Menu yang disediakan ialah hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma perbezaanya ialah nasi arab ini tersangat sedapnya dihidangkan mengikut resipi dan citarasa exotic arab.  Lamb Kabsah, Chicken Hanith dan Chicken Kebab Sandwich merupakan pilihan kami tengahari ini.

Restoran Saba' Cyberjaya

Kabsah Kambing

Hanith Ayam

Sandwich Kebab ayam

 Nasinya sedap dan lembut [ lembut bukan lembek ], daging kambingnya
secukup-cukup empuk, lembut dan enak. Begitu juga hanith ayam lembut dan wangi.


Tak sampai 20 minit selesai

Sandwich kebab Ayam licin.

Kebab ayam dan kambing sedang dipanggang

Dah makan bayar kat kaunter ni


Nampaknya kena repeat sekali lagi jika ada kesempatan di lain hari, untuk mencuba lain-lain menu yang disediakan.

Syukur ke hadrat Illahi ke atas nikmat yang diberi. Amin........