Tuesday, June 21, 2011

Syaitan masuki tubuh menerusi 10 pintu





Ini wajah syaitan ke? rasanya bukan..........


Alhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala rasulillah waba'd.

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi iblis, Islam sudah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam bertarung dengan syaitan dan membolehkan ia berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima'l lil Islam. Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu telah disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya: " Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu:

1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada sesudah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan rasa takut dengan kedatangan mati yang tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lalu aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghadapinya  dengan cara mengetahui hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad dengki, lalu aku menghadapinya dengan sifat qanaah(iaitu berpuashati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7.  Riak dan sukakan pujian manusia, lalu aku menghadapi dengan sifat ikhlas.

8. Kedekut atau bakhil, lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ditangan makhluk itu akan binasa sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal.

9. Takbur atau sombong, lalu aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

10.Tamak, lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelak diri daripada panah dan tipu daya iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah sudah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang kafir. Didapati bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk sedangkan syaitan bagi orang mukmin kurus kering dan dalam keadaan dukacita. Lalu syaitan orang kafir bertanya kepada syaitan orang mukmin. " Kenapa kamu kurus kering dan duka cita". Syaitan orang mukmin menjawab: " Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah. Jadi aku kehausan.Apabila dia memakai pakaian dia menyebut Allah dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila dia memakai minyak rambut, dia terus menyebut nama Allah. Dengan itu rambutku terus kusut kering."

Syaitan yang kafir pula berkata : " Tetapi aku mendampingi seorang yang sedikit pun tidak melakukan daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanan, minuman dan pakaiannya."

Demikianlah, wallahu"alam.


Sumber: Ustaz Zahazan Berita Minggu 19/06/11 

Tuesday, June 14, 2011

Nabawan

Pada cuti sekolah yang lepas saya sekali lagi berpeluang ke Sabah. Tetapi kali ini untuk menziarahi anak saya Izwan yang berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan/Pensiangan, di dalam pentadbiran Kawasan Pendalaman.

Daerah ini sangat jauh dari pusat Kotaraya Kota Kinabalu. Perjalanan melalui jalanraya sejauh 195 KM mengambil masa lebih kurang  4 jam. Keadaan jalan berliku-liku dan mendaki kawasan tinggi banjaran Crocker. Kawasan pendakian berterusan sejauh 30 KM.

Daerah ini adalah yang termiskin dan mundur sekali diantara daerah-daerah di Sabah. Tidak banyak pembangunan yang kelihatan kecuali bangunan pejabat kerajaan sahaja. Pecahan penduduk adalah 87% Murut dan 13% lain-lain bangsa (Kadazan cina, Melayu,lain-lain).






Gambar-gambar di Kompleks Pejabat Kesihatan Nabawan/Pensiangan








Gambar-gambar disekitar Pekan Nabawan
















Gambar-gambar disekitar kawasan kampung










 Rumah sewa Izwan

Semoga Izwan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin dalam keadaan yang serba kekurangan ini.

Insya Allah.

Monday, June 13, 2011

Hadiah

Harijadi saya lama lagi. Tapi dalam minggu ini kerap orang ramai dan media massa memperkatakan Hari Bapa. Itu semua saya tidak kesah.

Hari ini saya mendapat hadiah dari Azah, anak sulong saya. Sebuah mesin bantuan pernafasan untuk pesakit yang diserang Asthma beserta dengan 5 dos ubatnya sekali. Maklumlah bila umur meningkat macam-macam sakit yang nak singgah.


OMRON NE-C28 Compressor Nebulizer

Sebelum ini, jikalau saya diserang Asthma teruk secara tiba-tiba, isteri saya akan mengejutkan jiran untuk tolong menghantarkan saya ke Hospital Besar Segamat. Kebetulan pula insiden sebegini selalunya berlaku diantara jam 2 - 5 pagi. Memang menyusahkan jiran jiran. Apa nak buat, isteri saya tidak tahu memandu dan kami berdua sahaja dirumah. Tetapi Insya Allah selepas ini bantuan awal kecemasan dapat diberi dirumah terlebih dahulu menggunakan alat ini. Alhamdullillaah syukur ke hadrat Illahi.

Terima kasih kepada anak ku. Semoga Allah memberkati kehidupan mu dan abah sentiasa mendoakan kebahgiaan mu. Amin........

Friday, June 3, 2011

Mulai 01 Jun 2011


Tariff Rates

“Domestic Consumer” means a consumer occupying a private dwelling, which is not used as a hotel, boarding house or used for the purpose of carrying out any form of business, trade, professional activities or services.


Tariff A - Domestic Tariff                                                             UNIT                            RATES

For the first 200 kWh  (    1 - 200 kWh) per month                         sen/kWh                            21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month                         sen/kWh                            33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month                         sen/kWh                            40.0
For the first 100kWh   (401 - 500 kWh) per month                         sen/kWh                            40.2
For the next 100 kWh (501 - 600 kWh) per month                         sen/kWh                            41.6
For the next 100 kWh (601 - 700 kWh) per month                         sen/kWh                            42.6
For the next 100 kWh (701 - 800 kWh) per month                         sen/kWh                            43.7
For the next 100 kWh (801 - 900 kWh) per month                         sen/kWh                            45.3
For the next kWh (901 kWh onwards)   per month                         sen/kWh                             45.4
The minimum monthly charge is RM3.00
Sumber maklumat dari : http://www.tnb.com.my/tnb/residential/pricing-and-tariff/tariff-rates.html

Seperti biasa rakyat terpaksa berkorban, terkorban dan dikorbankan untuk mengekalkan kuasa kerajaan yang melaungkan slogan "rakyat didahulukan".

Wallaah hu 'aalam.