Tuesday, November 29, 2011

Usia meningkat lagi

Tahun demi tahun umur akan sentiasa meningkat. Ia tidak akan menurun. Begitulah halnya dengan kami suami isteri. Kami diraikan dalam majlis sederhana makan malam oleh Azah  di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Ini disebabkan saya kurang sihat diserang demam selesema.

Makan malam santai saja dirumah dan acara potong kek.

Malam kedua adik (Fadil sekeluarga di Sg Merap) pulak ajak makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai. Tempat baru katanya. Menunya ok juga. Boleh cuba lagi. Kelainnya ikan dibakar bersama petai. Terima kasih diucapkan pada Fadil sekeluarga. 

Ana Ikan Bakar Petai, B. B Bangi

Malam ketiga Azah ajak pula makan ringan-ringan katanya. Kali ni di Old Timer Kopi diseksyen 9, B.B Bangi. Ok juga menunya sedap. Malam ni makan ringan sebab pada siangnya dah banyak makan nasi baryani dijemputan majlis perkahwinan.

Old Timer Kopi 

Alhamdullilah syukur kepada Allah yang telah meminjamkan umur kami setahun lagi. Juga terima kasih pada Azah dan Fadil sekeluarga yang telah meraikan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua Insya Allah.

Amin.............

Tuesday, November 15, 2011

Istana Negara - Baru dan Lama

Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan
dari Menara Kuala Lumpur 

Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara Lama - Dalam kenangan

Sumber dari Kosmo Online.

Monday, November 14, 2011

Hari Diabetes Sedunia - 14 Nov 2011


Petikan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia :

1. Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun.

2. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup
    dengan diabetes.

3. Keputusan awal survey Kesihatan 2011, menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai 3 juta rakyat
    Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.

4. Masih ramai bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi    
    masih belum diperiksa oleh doktor.

5. Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. 

6. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko
    komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah
    tinggi.

7. Tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, "Act on Diabetes Now", iaitu "Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang".

8. Faktor-faktor risiko utama diabetes:

    (i) Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes

    (ii) Berlebihan berat badan atau obes ( BMl >23.0k glm2)

    (iii) Menghidap hipertensi

    (iv) Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

    (v) Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif

    (vi) Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)

9. Dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c" kurang dari 6.5%);

10. Dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum;

11. Satu dari empat pesakit mencapai  sasaran tahap kolesterol yang baik;

12. Hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal.

13. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi 
      mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi,
      septicaemia dan kegagalan buah pinggang.

14. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap
      diabetes perlu mempelajari  dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap
      penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang kurangnya
      30 minit setiap hari.

15. Tanggungjawab melindung dan menjaga kesihatan anda dan keluarga anda terletak ditangan
       anda sendiri.

BERTINDAKLAH SEKARANG


DATO' SRI   HASAN  BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 November 2011

Sunday, November 13, 2011

TBSBTS - Canggih

Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasek Selatan

Minggu yang lepas saya berpeluang meninjau ke Terminal Bas baru untuk perjalanan destinasi ke Selatan Tanahair. Saya telah menaiki bas ekspres Cepat dari Segamat ke KL dan terus ke terminal baru di Bandar Tasek Selatan. Dah lama tak naik bas..............

The moment of truth......... pandangan pertama sangat mengkagumkan.  

Pemandangan Terminal Bersepadu Selatan

Pemandangan di Level 3 - Kaunter tiket dan Papan Maklumat
 perjalanan Bas (Perlepasan/ketibaan)

Pemandangan di Level 4 - Food Court dan Medan membeli belah

Laluan pintas di Level 3 ke Stesen LRT, Komuter, Transit LRT
 ke KLIA dan stesen bas ke Bandaraya KL

Pemandangan dalaman yang serba indah

Alhamdullilah, satu lagi kemudahan untuk semua pengguna bas. Saya seolah-olah berada di sebuah Lapangan Terbang. Canggih sungguh .............

Syukur Alhamdullillah.............

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari raya Korban 1432H





Selamat menyambut Eidul Adha dan selamat menjalani Ibadah korban kepada semua pembaca blog ini.