Thursday, February 24, 2011

Banjir dah surut - KPCKS


Setelah air surut, SAJ membekalkan semula air bersih dan TNB terus menyambung semula elektrik ke rumah-rumah barulah kerja-kerja pembersihan dapat dimulakan. Pertama kali masuk kerumah  termenung sejenak memikirkan yang mana satu patut didahulukan. Memang pening........

K - Kosongkan ruang dalam dan keluarkan perabut dan peralatan yang rosak bagi proses mencuci dalam rumah.
P  -  Pileh perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dan yang rosak kumpulkan untuk dibuang.
C -  Cuci lantai, dinding, pintu, tingkat dan setiap ruang dalam rumah.
K -  Perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dicuci dan dikemas dan dijemur.
S  -  Setelah semuanya kering dan hilang bau tanah dibawa kedalam semula dan disusun ketempat asal.

Alhamdullilah berkat sabar dan tekun sedikit demi sedikit keadaan akan kembali normal. Kerja-kerja pembersihan ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan atau lebih.

Saya sekeluarga berterima kasih kepada adik beradik, anak-anak, anak saudara, cucu-cucu dan sahabat handai yang telah datang memberi pertolongan samaada tenaga, barang-barang makanan dan juga wang ringgit. Semoga ALLAH sahaja yang  membalasnya. 











Sekeluarga bersama Ashid, Adnan dan Nain makan malam di Bandar
 Putera Segamat selepas kerja-kerja pembersihan.
Fadil dan Roxy serta anaknya(Sarah dan Syarmina)  bergambar
 kenangan sebelum balik semula ke Muar.


Semoga ALLAH memberi ketabahan kepada kami sekeluarga bagi menghadapi ujian  besar ini. Insya Allah.

Friday, February 18, 2011

Ujian Allah - Jalan Nuri Banjir Lagi


 سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ
 
ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
 
(١٥٦)   أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)  
 
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  dan  kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


Gambar dari Udara disiarkan oleh Berita Harian menunjukkan Mesjid Kg Jawa dan Taman disekelilingnya ditengelami air diambil semasa lawatan PM meninjau keadaan banjir di Segamat.


ALLAH telah menguji kami sekali lagi dengan banjir besar . Banjir tahun ini lebih teruk dari tahun 2006. Hujan lebat berterusan turun selama seminggu tanpa henti. Kemuncaknya pada Ahad 30 Jan 2011 air dari Sg Segamat melimpah dengan lajunya ditambah pula air dari 2 empangan Juasih dan Bekok dilepaskan bagi mengelakkan keselamatan empangan dari pecah. Kediaman kami di Jalan Nuri Kg Jawa ditengelami air setinggi paras dada. Boleh dikatakan semua harta benda musnah.






























Begitulah keadaan perabut dirumah saya. Semuanya tidak berada ditempat asal dan bergelimpangan disana sini. Air naik setinggi paras dada dan selama 8 jam barulah surut. Sekarang yang tinggal ialah selut lumpur lebih kurang 1 inci. Selepas ini kerja cuci, buang, kemas akan dilakukan. Satu kerja yang amat memenatkan lagi membosankan.

" ALLAH bersama sama dengan orang yang sabar........"

Wednesday, February 16, 2011

Selawat Syifa'

" Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi
perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar
semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata).
 Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian "


Semoga menjadi amalan doa setiap selepas solat.  Amin..........




Wednesday, February 9, 2011

MRSM Alor Gajah, Melaka


Hari isnin 7 Feb 2011, saya sekeluarga telah menghantar anak bungsu kami, Muhammad Syukri ke MRSM Alor Gajah bagi sessi pendaftaraan pelajar baru Tingkatan 4. MRSM ini baru dibuka di Alor Gajah dalam Mukim Ayer Pa'abas mulai tahun 2007. Lokasinya kira-kira 10 km dari Alor Gajah, 9 km dari  Masjid Tanah dan 11 km dari Tampin.









Uurusan pendaftaraan, taklimat dan mengemaskan bilek asrama selesai jam 5 petang. Sudah tiba masanya kami meninggalkan perkarangan maktab untuk pulang. Sedih dan sebak dihati saya kali ini, tidak seperti dulu semasa menghantar anak-anak yang terdahulu ke SBP.

Saya berdoa semoga Syukri mendapat kejayaan yang baik nanti dan dapat berdikari sepanjang 2 tahun disini. Semoga ALLAH memudahkan segala urusannya dan tenang dalam menghadapi ilmu pelajaraan.

Amin.......



Wednesday, February 2, 2011

Segamat Banjir Besar Lagi

Segamat ditimpa musibah lagi. Keadaannya lebih buruk apa yang telah berlaku pada tahun 2006. Kali ini penduduk telah bersedia awal setelah hujan lebat turun tanpa henti dari Rabu 25/01/11 hinggalah  Ahad 30/01/11. Tetapi pihak Kerajaan belum bersedia lagi. Bantuan tidak atau lambat diterima  di pusat-pusat penempatan mangsa banjir. Masih belum belajar dari pengalaman 2006 walaupun Pemimpin Negeri dan Negara kerap berkata telah bersiap sedia menghadapinya.

Gambar-gambar suasana banjir di Segamat.
















Satu ujian ALLAH pada umatnya...................