Sunday, April 24, 2011

Sajak : " WASIAT "

Gambar Hiasan -   Kawasan Perkuburan Islam 


WASIAT

Anak-anak ku
Hari tua  bagi ku telah datang,   
Semua tanda-tandanya sangat ketara sekarang.
Kedut, kecut, kendur dan lemah seluruhnya.
Bertambahnya uban penanda uzur,  mata ku makin kabur.
Urat, sendi dan tulang belulang rasa terikat.
Kebebasan ku terhad, usia makin dekat.

Anak-anak ku yang dikasihi............
Sementara belum kelu lidahku,
Mari......... tataplah wajah ku dan dengar wasiat ini.
Kerana hari sudah petang.
Aku sekarang sedang mempersiapkan diri, menghitung hari.
Untuk menghadapi saat perpisahan itu.
Hari yang sangat pilu.
Hari air mata bagi kamu.
Hari penentuan bagi ku.
Aku akan memulakan, satu perjalanan yang sangat panjang.
Tak perlu harta, tak perlu wang.
Hanya doa dan tahlil kamu.
Aku nanti dan aku tunggu.

Jangan lupa anak ku.................!
Praktikkan sekarang................!
Aku nak dengar, aku nak pandang.
Kerana hari penentuan makin hampir.
Kematian pasti datang.
Tiada siapa berjaya lari, menentang.
Semuanya akan pergi........Anak ku
Aku akan pergi..............Menemui Illahi.
Seperti yang dijanji.
Untuk mempersembahkan
Seluruh amal bakti.

Yang rosak, yang sambang,
Yang buruk, terlarang
Mohon Allah kunci, tutup terlindung dari dipandang
Yang baik, molek, yang bernas, cantik, cemerlang
Semoga Allah timbang
Walaupun kecilnya, tak seberapa ditimbang neraca
Aku masih menggantung harapan
Kepada janji Allah dan Rasul Allah
Ya.... Rasul Allah
Adriq na....... Ya Rasul Allah
Bantulah kami Ya...... Rasul Allah


Allah..... Humma.....Solliwasallim
Waba....rik''alai........


Karya :
Tn Hj Neng Baba
AJK Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Daerah Segamat.

Saturday, April 16, 2011

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.



                                                                    Bertanding              Menang
                                            PBB                       35                       35
                                            SUPP                     19                         6
                                            PRS                         9                         8
                                            SPDP                      8                          6.

                                            DAP                       15                       12
                                            PKR                       49                         3
                                            PAS                          5                        0 .

                                            PCM                         6                        0
                                            SNAP                     26                        0
                                            IND                         41                       1

Pakatan Rakyat (DAP) menambahkan kerusinya. Ini bermakna masyarakat bandar terutama orang cina masih tidak berpihak kepada BN.

Kena renung-renumgkan.............

Rasanya itu tanda-tanda KM kena tukar. Nanti jadi macam pemimpin arab di Mesir, Tunisia dan Libya yang dah memegang tampuk pemerintahan lebih 40 tahun. Bila lama sangat memerintah, ramai yang dah tak suka dan musuh pun ramai.  Faham faham ajelah.

Haru biru............

Tuesday, April 12, 2011

Dah 31 tahun rupanya.......

Majlis persandingan di Tangkak pada 12 April 1980


Majlis persandingan di Muar pada 13 April 1980


Alhamdullillah. Bersyukur kehadrat illahi yang telah memanjangkan usia dan jodoh kami. Semoga mendapat keberkatan dan keredaan Allah swt. dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin Amin Ya Rabal  'Aalamin


Friday, April 1, 2011

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi

Harga mulai 2 April 2011 RM 2.70


" Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter,
kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
Datuk Zulkifli Mokti."


Tahun 2010  dah 3 kali naik.
Tahun 2011 baru 3 kali naik.

Lepas ni kita tengok apa lagi yang naik. Harga barang runcit dan  barangan dipasar basah dah naik pun. Lama daaah....

Rakyat didahulukan...........