Tuesday, March 30, 2010

Tasbih Kifarah


Ini adalah bacaan yang sering dibaca apabila tamat sesuatu majlis ilmu. Diharap dapat  kita bersama mengamalkanya. Boleh juga diamalkan sebagai zikir harian.

Amin.........

Sunday, March 21, 2010

Kenduri Hol & Majlis maulid

Minggu lepas sabtu 13/03/10 kami sekeluarga ke Sri Kembangan, Selangor DE kerana adik beradik sebelah isteri berkumpul mengadakan kenduri arwah untuk kedua ibu dan bapa mertua saya yang meninggal dunia disini dan disemadikan diperkuburan Islam UPM.
Tarikh meninggal kedua ibu bapa mertua saya:
1. Al Marhum Hj Abu Bakar Mohd Said  - Ahad  02/10/94 bersamaan 26 Rabiulakhir 1415 H.
2. Al Marhumah Hjh Meriam Mohd Dom - Ahad  04/02/01 bersamaan 10 Zulkeadah  1421 H.
Khas atas roh mereka dihadiahkan ALFATIHAH..................

Memandangkan kita masih berada didalam suasana bulan maulidurasul, saya mencadangkan agar ditambah acara berselawat selepas membaca surah Yasin dan tahlil. Alhamdullillah cadangan diterima. Tahlil disini ringkas saja dan lepas itu terus bangun berselawat tanpa membaca berzanji. Tapi kira OKlah janji berselawat. Majlis telah diadakan dirumah adik isteri yang bungsu  Norlia dan suami Rosli di Taman Universiti Indah. Jemputan adalah dikalangan jiran terdekatnya dan jemaah surau Tmn Universiti Indah. Semuanya berjalan dengan lancar dan makanan nasi baryani pun sedap.

Para hadirin berdiri untuk berselawat
Selawat dipimpin oleh Imam surau Taman Universiti Indah
Kaum kerabat dan sanak saudara turut berselawat
Jamuan nasi baryani secara buffet
Giliran kaum ibu makan pulak.....

Alhamdullilah semuanya dah selamat.............AMIN

Saturday, March 6, 2010

Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan TM 2007 - Kuala Terengganu

Ketua Kontingen Tilawah AlQuran TM Johor

Saya telah dilantik oleh Bakit Negeri Johor sebagai Ketua Kontingen untuk pasukan TM Johor ke Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Kebangsaan di KLT Timur Rusila K.Terengganu. Itulah tugas saya yang terakhir dalam Bakit. Ketika itu jawatan saya dalam Bakit ialah selaku YDP Bakit Batu Pahat. Saya difahamkan dari Setiausaha Negeri lantikan ini ialah kerana memberi penghormatan terakhir sebelum persaraan saya. Kali terakhir saya dipileh sebagai Ketua Kontingen Johor ialah pada tahun 2000 semasa  Kuching Sarawak menjadi  tuan rumah.


Asrama KLT Timur di Rusila K/Terengganu - Peserta menginap disini

Saya bersyukur dan sangat berterima kasih dan dengan penuh tanggongjawab menerima tugas ini. Peserta Johor terdiri dari semua daerah :
1. Qari Dewasa                               - TM Muar
2. Qariah Dewasa                           -  TM Batu Pahat
3. Qari Kanak Kanak Remaja (L)    - TM Batu Pahat
4. Qariah Kanak Kanak Remaja (P) - TM Segamat
5. Qari Kanak Kanak (L)                 - TM Segamat
6. Qari Kanak Kanak (P)                 - TM Segamat
7. Tahfiz Dewasa                              - TM Johor Bahru
8. Tahfiz Kanak Kanak                     - TM Kluang
9. Pemidato Dewasa Lelaki               - TM Johor Bahru
10Pemidato Kanak Kanak                - TM Kluang

Peserta kanak kanak diiringi oleh keluarga masing masing dan perjalanan menggunakan 5 buah kenderaan. Peserta JB naik kapal terbang. Saya sekeluarga memandu kereta sendiri dari BP. Semua peserta ditempatkan diasrama KLT Timur (asrama burung merpati 21 tingkat) dan saya di chalet Che Wer Inn di Rusila (ketua le konon....). 
             
Ruang rehat di Chalet Che Wer Inn Rusila K/Terengganu. Memang OK.....

Kami disana selama 4H3M. Alhamdullilah pengalaman yang mengembirakan. Walaupun hanya 4 peserta mendapat kejayaan cemerlang, pada keseluruhannya pencapaian peserta kontingen Johor sangat memuaskan. Diharap di tahun tahun yang berikutnya prestasi Johor boleh meningkat lagi. Insyallah...

Peserta Qariah Kanak Kanak Remaja ( P ) TM Johor

Sedang berbaris menyambut GCEO TM - Dato' Wahid Omar

Semua Ketua Kontingen menerima Sijil Penyertaan semua peserta
dari YDP Bakit TM Dato' Bazlan Osman

Bergambar sebagai kenangan semua peserta kontingen Johor bersama keluarga

Bergambar sekeluarga sebagai kenangan terakhir

Diwaktu lapang ambil peluang mandi manda di Pantai Rusila.
( Belakang chalet sahaja )

Pada hari terakhir semua peserta seluruh negeri dan keluarga dibawa melancung ketempat tempat menarik di K.Terengganu seperti, tapak Monsoon Cup Pulau Duyung, Kilang Arfah batik, Kilang Keropok Lekor di Losong, Masjid Terapong dan membeli belah di Pasar Payang. 

Syukur, syukur nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH.......

NB : BAKIT - Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia. 

Thursday, March 4, 2010

Lawatan ke Tanjung Balai, Karimun Indonesia.

Setelah bersara, saya telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Johor Cawangan Segamat (PPKMCS). Untuk memudahkan urusan pendtabiran saya telah membayar RM50.00 untuk menjadi ahli seumur hidup. Banyak aktiviti aktiviti yang dilaksanakan kebanyakannya menjurus kepada program amal ibadat, kebajikan, kesihatan, pakej umrah serta ziarah dan pelancungan.

Pada 7 - 9 Mac 2009 saya telah turut serta dalam program melanjong ke Tg Balai Karimun anjuran PPKM Segamat. Perjalanan dengan Feri dari Kukup Pontian mengambil masa 2 jam sahaja. Ferinya OK macam pergi Langkawi juga. Bandarnya tak macam bandar, pekan saja  macam belum maju lagi tapi kira ok laah.....  Satu hari pusing dah habis tengok semua. Kecik aje........Tapi macam biasalah barang barang membeli belah untuk orang perempuan memang banyak. Happylah dia orang berbelanja sakan .......

Kenderaan ini sahaja yang ada untuk membawa kami bersiar siar
Makan t/hari semasa sampai di Tg Balai Karimun

Masjid Agong Tg Balai Karimun
Pemandangan di Pantai Perkelahan di Tg Balai Karimun

Pemandangan malam disebuah Restoran Tg Balai Karimun.

Restoran masakan Melayu - Pondok Otek, Lubuk Semut, Tg Balai Karimun

Bersedia untuk berangkat balik di Terminal Feri Tg Balai Karimun

Dalam lawatan kali ini, sungguhpun kurang tempat tempat menarik tetapi saya tetap berpuashati kerana dapat berkenalan dengan rakan rakan baru dari kalangan pesara pesara kakitangan kerajaan di Segamat beserta keluarga masing masing.  Wasalaam.....

Tuesday, March 2, 2010

Jasa Mu Di Kenang - Batu Pahat

Ucapan terakhir di Majlis Persaraan di NOVO Hotel Batu Pahat

Saya sekali lagi diraikan didalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah di Novo Hotel, Batu Pahat pada 21/10/2008. Kali ini ia dianjurkan olih sahabat sahabat karib di RNO Switching Selatan dengan kerjasama RNO SW KLU/MER/BP. Terima kasih pada Pn Azizah Ismail, Pn Hjh Jamilah Sarpan, Cik Norhana Abd Halim, En Yahya Mashor, En Jasni Samad, dan ramai lagi yang tak dapat disebutkan, terlalu ramai........terima kasih banyak banyak.

Ramai yang hadir bukan sahaja dari unit SW Selatan, tetapi juga dari lain lain unit di BP dan JB. Ada dari TX BP, Access BP, BSQM, TMpoint BP, SW SGT/MUR, SW JB/KTG, SW SC/PTN, SW Melaka, SW NS dan yang penting anak anak buah sendiri SW KLU/MER/BP. Juga rakan sejawat Pen Pengurus Shahrom, Hjh Faizah, Hashimah, Noraini, Siti Farhanah, Adnan Hassan dan Hjh Siti Khadijah. Boss boss Tn Hj Baharom, Tn Hj Roslan, Tn Hj Kamaruzaman, Pn Mariah, En Kamsan, Tn Hj Selamat pun turut hadir memeriahkan lagi majlis ini. Kawan lama saya yang telah bersara En Ahmad Kamal juga datang meraikan saya. Saya sungguh terharu.

Sebelum jamuan saya diperi peluang untuk berucap sedikit. Nampaknya macam orang tertelan kaset, saya telah bercakap agak lama juga. Itulah ucapan saya yang terakhir di platform TM. Mungkin bosan agaknya orang dengar tapi tak apelah, the last........Majlis yang cukup meriah dan tidak dapat saya lupakan selama lamanya.

Terima cenderahati RNO SW Selatan dari Tn Hj Kamaruzaman


Terima cenderahati  RNO SW SGT/MUR dari Pn Hjh Faizah Taib


Terima cenderahati RNO SW KLU/MER/BP dari En Yahya Mashor


Sedang menjamu selera


Jamuan buffet untuk yang lain

Diwaktu yang lain, Bakit dan Kelab Batu Pahat juga turut sama meraikan saya disatu jamuan majlis Hari Raya Idilfitri diperkarangan Dataran TM Batu Pahat.

Terima cenderahati Bakit dan Kelab dari Tn Hj Khir Othman

Syukur alhamdullillah semoga rakan rakan yang masih berkhidmat lagi agar meningkatkan prestasi kerja masing masing serta maju jaya dalam kerjaya dan saya doakan tuan/puan diberkati ALLAH swt. Amin....... 

Sebahagian staf SW KLU/MER/BP  unit terakhir sebelum bersara.



Diatas bangunan TM Mersing latarbelakang Masjid Jamek Mersing (atas bukit)

Terima kasih yang tidak terhingganya kepada semua rakan rakan saya. Ampun maaf dipinta.

Wassalaam........

Monday, March 1, 2010

Jasa Mu Di Kenang - Bandung

Dalam program JMDK kami juga ditawarkan untuk menerima hadiah cenderahati berupa jam tangan, loket emas, handphone, camera dan banyak lagi. Disamping itu jika tidak mahu cenderahati kami boleh memileh tawaran untuk pergi melancong dalam dan juga luar negeri ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya dan isteri tidak teragak agak memileh untuk melancung ke Bandung.

Untuk makluman, sebelum ini kami juga telah dibawa ke Langkawi  4H3M untuk acara Seminar Persediaan Pesaraan. Disini selain berseminar kami juga dibawa ke lokasi pelancungan terkenal dan masyur. Ada juga sessi membeli belah disebelah petang. Makan malam yang menyelerakan dengan malam akhir hidangan BBQ.

24/07/08 jam 0900 pagi kami  checkout hotel selepas majlis makan malam dan anugerah sijil persaraan. Kami berkumpul dilobi meneruskan perjalanan  ke LCCT Sepang untuk flight Airasia ke Jakarta jam 1210. Penerbangan lebihkurang 2 jam sahaja tapi dari Jakarta ke Bandung dengan bas mengambil masa 5 jam. Sebabnya "macet" kata pandu pelancung. ( macet tu jammed teruk adakala tidak bergerak langsung).

Keseluruhannya 3H2M diBandung amat menyeronokan terutama para isteri kami semua. Bandung ni banyak tempat shopping. Orang perempuan suka lah..... Disamping itu kami juga dibawa ke kawasan gunung berapi yang masih hidup lagi....
Makan malam di Restoran Dapur Sangkuriang


Hotel tempat penginapan sepanjang di Bandung

Gunung Berapi di Tangkupan Perahu


Gunung Berapi ini bahang panasnya masih terasa

Jakarta International Airport - Bersedia untuk balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdullilah syukur ke hadrat ALLAH diatas anugerah yang diterima ini. Program JMDK patut diteruskan bagi mengenang jasa dan perkhidmatan anggota TM yang akan bersara ditahun tahun yang akan datang.

Syabas TM...........

Jasa Mu Di Kenang - PWTC KL


Saya masih teringat hari pertama bertugas di Jabatan Telekom (JTM) JB pada 01/01/72. Selepas itu ditukarkan kebeberapa unit dan daerah. Tahun demi tahun, berbagai pengalaman suka duka, pahit manis peristiwa dilalui dan juga dengan beberapa kali struktur organanisasi ditukar tapi saya masih taat dan setia bertugas. Polisi kerajaan juga bertukar dengan pengswastaan JTM ke STM pada 1987. Bertitik tolak disinilah bermula perubahan dari STM ke TMB, sehinggalah kini dikenalikan sebagai TM, saya terus berkhidmat dengan tabahnya  dari seorang Juruteknik percubaan dengan gaji bulanan RM 230.00 hinggalah saya dinaikan pangkat eksekutif dengan gelaran Penolong Pengurus. Syukur kepada ALLAH swt atas segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada saya sekeluarga.

Setiap permulaan ada akhirnya, ibarat melayarkan bahtera dilautan setelah menempoh gelora dan ombak  akhirnya sampai juga ke pelabuhan dengan selamatnya. Begitulah saya setelah berkhidmat selama 36 tahun 10 bulan 15 hari  maka pada hari kelahiran saya ke 55 jatuh pada Ahad 16/11/2008 bermulalah hari  persaraan saya dengan TM. Selamat tinggal TM.....Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada TM yang telah memberikan pengalaman bekerja yang amat berharga kepada saya dan juga setiap peluang kenaikan pangkat yang ditawarkan, saya telah memperolehi dengan bangganya. Allhamdulillah.....


TM telah mengadakan Program Jasamu Dikenang bagi meraikan kami pesara pesara TM beserta isteri atau suami masing masing. Pada tahun 2008 lebih kurang 800 anggota bersara wajib termasuklah juga pegawai pengurusanan kanan TM. Kami diraikan dalam satu majlis di PWTC dari 22 - 24 Julai 2008. Semua pesara dari selatan tanahair ditempatkan di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, KL. 3H2M diraikan disini sungguh menyeronokan. Setiap hari dan malam program diatur padat. Jamuan makan tengahari dan malam sunguh lazat dan menyelerakan. Persembahan kebudayaan, tarian, nyanyian, lawak jenaka menyeronokan. Ada sessi pertandingan nyanyian karoke lagi diantara persara. Hebat juga program diatur.........  Sessi penggambilan sijil persaraan dibuat dua sessi. Sessi  pagi 23/7/08 sijil diterima dari :
1. Berkhidmat bawah 30 tahun dari Dato Adnan Rofiee, COO TM Retail.
2. Berkhidmat 30 - 35 tahun dari Dato Bazlan Osman, GCFO TM.

Sessi sebelah malam untuk penerima :
1. Berkhidmat 35 - 36 tahun dari Dato Zamzamzairani Mohd Isa, GCEO TM.
2. Berkhidmat melebehi 36 tahun keatas dari Tan Sri Dato Ir Md Radzi Mansor, Pengerusi TM.

Saya terima sijil dari Tan Sri kerana berkhidmat lebihkurang 37 tahun.

Alhamdullilah.