Showing posts with label Bersyukur. Show all posts
Showing posts with label Bersyukur. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Syukur pada Illahi



Alhamdullillah...Bersyukur kehadrat Illahi kerana dipanjangkan umur dengan iman, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 

30 Nov 2012 - Sambutan sederhana diadakan di rumah Noor Azalina
di Bandar Baru Bangi meraikan ulang tahun ibunya.
Jamuan ala-ala hari raya, ketupat, lodeh, sambal kacang dan rendang ayam.

01 Dis 2012 - Tengaharinya menghadiri Majlis kenduri kahwin anak sepupu sebelah arwah abah,
Pn Kintan Mohd Lani, di Taman Prima Saujana, kajang.


01 Dis 2012 - Petangnya ke Majlis persandingan cucu jiran lama Taman Soga, BP,
 Pn Hjh Sapurah Salam di Dewan  Komuniti Bandar Manjalara.



01 Dis 2012 - Sebelah malamnya giliran Noor Azalina dan Azamuddin
 meraikan ibunya makan malam di Toowoomba Deli & Meat, Setapak.
Restoren makanan daging segar dari Australia. Dah tentu kambing grill.



02 Dis 2012 - Jumpa sahabat karib dari Segamat, sama-sama dah pencen ,
 Hj Amer dan keluarga. Ajak bersembang-sembang dan makan malam di Restoren Saba' Cyberjaya.
 Apa lagi pekena Nasi Arab. Kambing lagi.......


Secara kebetulan ini kereta baru menggunakan No pendaftaran kereta lama JGH9977.
Terima pada  hari Jumaat, 30/11/12 . Konon-kononnya tukar kereta laa.......
Ini pun macam hadiah hari ulang tahun kelahiran isteri saya.


Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Aamiin.........



Friday, March 9, 2012

Cucu


Alhamdullillah. Syukur kehadrat Allah seorang bayi lelaki lahir kedunia jam 12.55 pagi Selasa 06 Mac 2012 bersamaan 13 Rabi'ul Akhir 1433H. Bayi seberat 2.8 kg itu adalah cucu sulung saya.


Muhammad Alif Muhaimin - baru tengok dunia


Pusat Perubatan Naluri Wangsamaju

Atuk dan cucunya


Nenek dah lama sangat tak pegang bayi - muka jadi cemas


Mak Long dengan anak saudaranya. Pegang sebelah tangan. Santai.
Kucing lalu dekat kaki boleh terlepas budak tu.


Doakan semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Amin.....Amin........


Tuesday, November 29, 2011

Usia meningkat lagi

Tahun demi tahun umur akan sentiasa meningkat. Ia tidak akan menurun. Begitulah halnya dengan kami suami isteri. Kami diraikan dalam majlis sederhana makan malam oleh Azah  di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Ini disebabkan saya kurang sihat diserang demam selesema.

Makan malam santai saja dirumah dan acara potong kek.

Malam kedua adik (Fadil sekeluarga di Sg Merap) pulak ajak makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai. Tempat baru katanya. Menunya ok juga. Boleh cuba lagi. Kelainnya ikan dibakar bersama petai. Terima kasih diucapkan pada Fadil sekeluarga. 

Ana Ikan Bakar Petai, B. B Bangi

Malam ketiga Azah ajak pula makan ringan-ringan katanya. Kali ni di Old Timer Kopi diseksyen 9, B.B Bangi. Ok juga menunya sedap. Malam ni makan ringan sebab pada siangnya dah banyak makan nasi baryani dijemputan majlis perkahwinan.

Old Timer Kopi 

Alhamdullilah syukur kepada Allah yang telah meminjamkan umur kami setahun lagi. Juga terima kasih pada Azah dan Fadil sekeluarga yang telah meraikan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua Insya Allah.

Amin.............

Monday, June 13, 2011

Hadiah

Harijadi saya lama lagi. Tapi dalam minggu ini kerap orang ramai dan media massa memperkatakan Hari Bapa. Itu semua saya tidak kesah.

Hari ini saya mendapat hadiah dari Azah, anak sulong saya. Sebuah mesin bantuan pernafasan untuk pesakit yang diserang Asthma beserta dengan 5 dos ubatnya sekali. Maklumlah bila umur meningkat macam-macam sakit yang nak singgah.


OMRON NE-C28 Compressor Nebulizer

Sebelum ini, jikalau saya diserang Asthma teruk secara tiba-tiba, isteri saya akan mengejutkan jiran untuk tolong menghantarkan saya ke Hospital Besar Segamat. Kebetulan pula insiden sebegini selalunya berlaku diantara jam 2 - 5 pagi. Memang menyusahkan jiran jiran. Apa nak buat, isteri saya tidak tahu memandu dan kami berdua sahaja dirumah. Tetapi Insya Allah selepas ini bantuan awal kecemasan dapat diberi dirumah terlebih dahulu menggunakan alat ini. Alhamdullillaah syukur ke hadrat Illahi.

Terima kasih kepada anak ku. Semoga Allah memberkati kehidupan mu dan abah sentiasa mendoakan kebahgiaan mu. Amin........