Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Banjir dah surut - KPCKS


Setelah air surut, SAJ membekalkan semula air bersih dan TNB terus menyambung semula elektrik ke rumah-rumah barulah kerja-kerja pembersihan dapat dimulakan. Pertama kali masuk kerumah  termenung sejenak memikirkan yang mana satu patut didahulukan. Memang pening........

K - Kosongkan ruang dalam dan keluarkan perabut dan peralatan yang rosak bagi proses mencuci dalam rumah.
P  -  Pileh perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dan yang rosak kumpulkan untuk dibuang.
C -  Cuci lantai, dinding, pintu, tingkat dan setiap ruang dalam rumah.
K -  Perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dicuci dan dikemas dan dijemur.
S  -  Setelah semuanya kering dan hilang bau tanah dibawa kedalam semula dan disusun ketempat asal.

Alhamdullilah berkat sabar dan tekun sedikit demi sedikit keadaan akan kembali normal. Kerja-kerja pembersihan ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan atau lebih.

Saya sekeluarga berterima kasih kepada adik beradik, anak-anak, anak saudara, cucu-cucu dan sahabat handai yang telah datang memberi pertolongan samaada tenaga, barang-barang makanan dan juga wang ringgit. Semoga ALLAH sahaja yang  membalasnya. 











Sekeluarga bersama Ashid, Adnan dan Nain makan malam di Bandar
 Putera Segamat selepas kerja-kerja pembersihan.
Fadil dan Roxy serta anaknya(Sarah dan Syarmina)  bergambar
 kenangan sebelum balik semula ke Muar.


Semoga ALLAH memberi ketabahan kepada kami sekeluarga bagi menghadapi ujian  besar ini. Insya Allah.

Friday, February 18, 2011

Ujian Allah - Jalan Nuri Banjir Lagi


 سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ
 
ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
 
(١٥٦)   أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)  
 
 
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  dan  kelaparan dan  kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


Gambar dari Udara disiarkan oleh Berita Harian menunjukkan Mesjid Kg Jawa dan Taman disekelilingnya ditengelami air diambil semasa lawatan PM meninjau keadaan banjir di Segamat.


ALLAH telah menguji kami sekali lagi dengan banjir besar . Banjir tahun ini lebih teruk dari tahun 2006. Hujan lebat berterusan turun selama seminggu tanpa henti. Kemuncaknya pada Ahad 30 Jan 2011 air dari Sg Segamat melimpah dengan lajunya ditambah pula air dari 2 empangan Juasih dan Bekok dilepaskan bagi mengelakkan keselamatan empangan dari pecah. Kediaman kami di Jalan Nuri Kg Jawa ditengelami air setinggi paras dada. Boleh dikatakan semua harta benda musnah.






























Begitulah keadaan perabut dirumah saya. Semuanya tidak berada ditempat asal dan bergelimpangan disana sini. Air naik setinggi paras dada dan selama 8 jam barulah surut. Sekarang yang tinggal ialah selut lumpur lebih kurang 1 inci. Selepas ini kerja cuci, buang, kemas akan dilakukan. Satu kerja yang amat memenatkan lagi membosankan.

" ALLAH bersama sama dengan orang yang sabar........"

Wednesday, February 2, 2011

Segamat Banjir Besar Lagi

Segamat ditimpa musibah lagi. Keadaannya lebih buruk apa yang telah berlaku pada tahun 2006. Kali ini penduduk telah bersedia awal setelah hujan lebat turun tanpa henti dari Rabu 25/01/11 hinggalah  Ahad 30/01/11. Tetapi pihak Kerajaan belum bersedia lagi. Bantuan tidak atau lambat diterima  di pusat-pusat penempatan mangsa banjir. Masih belum belajar dari pengalaman 2006 walaupun Pemimpin Negeri dan Negara kerap berkata telah bersiap sedia menghadapinya.

Gambar-gambar suasana banjir di Segamat.
















Satu ujian ALLAH pada umatnya...................


Saturday, November 13, 2010

Banjir lagi


Gambar hiasan - Bandar Kangar di tengelami air

 Negara kita ditimpa musibah lagi tahun ini. Banjir besar melanda utara Malaysia, iaitu Kedah dan Perlis di penghujung Oktober 2010 yang lalu. maklumat dari media arus perdana mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada banjir pada tahun 2005 yang melanda kedah. Hujan lebat berterusan  beberapa hari  mengakibatkan banjir besar ini. Boleh dikatakan keseluruhan bandar kangar dan Alor Star ditengelami air. Perasaan cemas dan takut dirasai semua mangsa banjir. Ada juga diberitakan kematian telah berlaku semasa banjir ini. Bantuan diterima lambat dan ada tempat terpencil tidak terima terus. Semua menunding jari menyalahkan itu dan ini. Ingatlah ini semua adalah ujian ALLAH.

Sekarang banjir semangkin pulih dan mangsa banjir telah mula pulang kerumah masing-masing untuk membasuh rumah yang kotor dan penuh dengan tanah selut. Kepenatan, kerugian dan kemusnahan alat perabut dan kehilangan dokumen penting barulah dirasai dan kesali.

Semua ini telah saya alami dan rasai semasa banjir besar melanda Johor pada Disember 2006 yang lalu. Peristiwa ini memang sentiasa teringat apabila menjelang musim tengkujuh tahun mendatang dan apabila hujan lebat berterusan beberapa hari tanpa henti. Dah jadi phobia.........

Disertakan gambar rumah saya di Segamat yang dilanda banjir besar dulu. Gambar gambar ini boleh menerangkan keadaan yang sebenarnya.......
 
 














Walaupun telah lama berlalu, peristiwa sedih ini tetap berada diingatan. Semoga ALLAH jauhkan perkara ini berulang lagi.