Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Renung Renungkan





Sempena Hari Diabetic Sedunia 14 November setiap tahun, bagi pembaca-pembaca blog ini yang mungkin ada penyakit diabetis renung renungkanlah panduan dan nasihat diatas. Semoga kita semua dapat menjalani keadaan hidup seharian yang sihat.

 Ammiin........



Saturday, March 10, 2012

Masjid Jannatul Firdaus




Akhirnya Masjid Jannatul Firdaus, Kg Jawa Segamat telah selamat dirasmikan oleh Tengku Ismail Ibrahim Tengku Mahkota Johor mewakili DYMM Sultan Johor pada hari Jumaat 24 Febuari 2012 bersamaan 02 Rabi'ul Awal 1433H. Dah dua kali dilanda banjir besar pada 2006 dan 2011.

Ruang Solat bahagian depan Mimbar

Masjid ini mula dibina awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada 2001. Pembinaannya untuk menggantikan masjid lama yang telah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan lagi. Faktor bertambahnya penduduk  dengan pembukaan banyaknya taman taman perumahan baru di Kg Jawa membuatkan pembinaan Masjid baru ini sangat diperlukan bagi menampung jumlah jemaah yang ramai. 
Tirai dibuka oleh Tengku Mahkota tanda perasmiannya



Laman Rekriasi di hadapan Masjid 

Gambar dari udara semasa banjir besar pada Jan 2011 yang lalu, dimana
Masjid ini tidak terkecuali dimasuki dan dinaiki air.


Semoga masjid dapat dijadikan pusat ilmu disamping tempat ibadah berjemaah disamping merapatkan silaturahim untuk seluruh penduduk Kg Jawa.

Wednesday, December 28, 2011

Khatanthon..............?




Pernah ke anda dengar perkataan ini ? KHATANTHON........rujuk kamus DBP maknanya........

Saya dah bersara baru jumpa ...............

Marathon..............Jogathon...........................Cyclethon...........................

semua dah dengar ...................

Khatanthon..................

Agaknya berapa banyaklah ' Anu ' yang kena...... sepanjang program ini dijalankan.

Saya nampak banner ini semasa pergi menghantar anak sahabat saya bernikah di Bandar Sunway minggu lepas.

Semoga semuanya selamat.

Monday, November 14, 2011

Hari Diabetes Sedunia - 14 Nov 2011


Petikan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia :

1. Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun.

2. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup
    dengan diabetes.

3. Keputusan awal survey Kesihatan 2011, menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai 3 juta rakyat
    Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.

4. Masih ramai bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi    
    masih belum diperiksa oleh doktor.

5. Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. 

6. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko
    komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah
    tinggi.

7. Tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, "Act on Diabetes Now", iaitu "Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang".

8. Faktor-faktor risiko utama diabetes:

    (i) Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes

    (ii) Berlebihan berat badan atau obes ( BMl >23.0k glm2)

    (iii) Menghidap hipertensi

    (iv) Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

    (v) Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif

    (vi) Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)

9. Dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c" kurang dari 6.5%);

10. Dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum;

11. Satu dari empat pesakit mencapai  sasaran tahap kolesterol yang baik;

12. Hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal.

13. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi 
      mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi,
      septicaemia dan kegagalan buah pinggang.

14. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap
      diabetes perlu mempelajari  dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap
      penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang kurangnya
      30 minit setiap hari.

15. Tanggungjawab melindung dan menjaga kesihatan anda dan keluarga anda terletak ditangan
       anda sendiri.

BERTINDAKLAH SEKARANG


DATO' SRI   HASAN  BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 November 2011

Monday, October 31, 2011

Siap siaga


" Makna siap siaga ialah siap sedia, iaitu sudah bersedia untuk(melakukan sesuatu dll.).  Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485."

Satu Usaha Kesedaran Siapsiaga Bencana oleh
Mercy Malaysia dan JKKK Mukim Sungai Segamat, Johor.


Ini adalah papan tanda amaran yang diletakan dikawasan perumahan Jalan Nuri dan Jalan Maryani di Segamat. Kawasan yang telah dilanda banjir besar pada tahun 2006 dan Jan 2011 yang lepas.

Jabatan Kaji Cuaca dalam ramalannya memaklumkan 6 Negeri ( Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Perlis), akan menerima taburan hujan yang banyak melebihi biasa sepanjang bulan November ini dan berkemungkinan mengakibatkan Banjir Besar.

Semoga kami mendapat perlindungan ALLAH (s.w.t) dan dijauhi dari berlakunya bencana ini. Amin......Amin......