Setelah air surut, SAJ membekalkan semula air bersih dan TNB terus menyambung semula elektrik ke rumah-rumah barulah kerja-kerja pembersihan dapat dimulakan. Pertama kali masuk kerumah termenung sejenak memikirkan yang mana satu patut didahulukan. Memang pening........
K - Kosongkan ruang dalam dan keluarkan perabut dan peralatan yang rosak bagi proses mencuci dalam rumah.
P - Pileh perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dan yang rosak kumpulkan untuk dibuang.
C - Cuci lantai, dinding, pintu, tingkat dan setiap ruang dalam rumah.
K - Perabut dan peralatan yang boleh digunakan semula dicuci dan dikemas dan dijemur.
S - Setelah semuanya kering dan hilang bau tanah dibawa kedalam semula dan disusun ketempat asal.
Alhamdullilah berkat sabar dan tekun sedikit demi sedikit keadaan akan kembali normal. Kerja-kerja pembersihan ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan atau lebih.
Saya sekeluarga berterima kasih kepada adik beradik, anak-anak, anak saudara, cucu-cucu dan sahabat handai yang telah datang memberi pertolongan samaada tenaga, barang-barang makanan dan juga wang ringgit. Semoga ALLAH sahaja yang membalasnya.
Sekeluarga bersama Ashid, Adnan dan Nain makan malam di Bandar
Putera Segamat selepas kerja-kerja pembersihan.
Fadil dan Roxy serta anaknya(Sarah dan Syarmina) bergambar
kenangan sebelum balik semula ke Muar.
Semoga ALLAH memberi ketabahan kepada kami sekeluarga bagi menghadapi ujian besar ini. Insya Allah.