Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita
Friday, August 12, 2011
Saturday, August 6, 2011
Zakat
Makna Zakat
Dari segi Bahasa:
Zakat bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.
Dari segi Syarak:
Zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam-tanaman)
Jenis-jenis dan syarat-syarat mengeluarkan zakat:
Zakat tergolong kepada dua jenis:
- Zakat "Badaniah" iaitu zakat tubuh badan atau zakat fitrah.
- Zakat "maliah" iaitu zakat harta benda seperti wang, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya.
Zakat Fitrah:
Jenis zakat ini ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah:
- Islam (yang bukan Islam tidak diwajibkan berzakat)
- Merdeka (hamba tidak wajib mengeluarkan zakat)
- Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.
Secara kesimpulannya, waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:
1. Dibolehkan - Dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2. Wajib - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3. Afdal - Selepas solat Suboh sehingga sebelum mengerjakan Solat sunat Aidilfitri.
4. Haram - Selepas solat sunat Hari raya Aidilfitri.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah :
- Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum.
- Mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut matawang semasa.Wallah hu 'alam.
Thursday, August 4, 2011
Hari Keluarga
Seminggu sebelum Ramadan menjelang, Persatuan Pesara Kerajaan Daerah Segamat, telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Seraya Pantai Chalet, Pengkalan Balak Melaka. Alhamdullillah ramai juga ahli-ahli telah menyertainya. Disamping aktiviti berehat dipantai kami juga dijadualkan untuk acara lawatan ke beberapa tempat pelancungan disekitar Masjid Tanah, Tg Bidara dan Sg Udang Melaka.
08.15 Pagi - Berkumpul dan taklimat lawatan digerai MDS dihadapan Poliklinik Segamat.
09.00 Pagi - Perjalanan bermula menuju ke Tol Air Keroh Melaka.( Konvoi 13 buah kenderaan)
11.00 Pagi - Lawatan ke Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka.
12.45 T/hari - Makan tengahari Asam Pedas Melaka di Pantai Padang Kemunting. (Bersantai ditepi laut).
14.00 Ptg - Lawatan ke Pusat Penetasan Penyu, Padang kemunting, Melaka.
15.00 Ptg - Check in Seraya Pantai Chalet, Kg Hailam, Pengkalan Balak Melaka dan berehat.
1930 Mlm - Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
21.00 Mlm - Makam malam Ikan bakar di Restoren Bayu Selera, Pengkalan Balak.
26 Julai 2011: SELASA
06.50 Pagi - Solat suboh berjemaah. Tazkirah dan kuliah suboh. (Ustaz Jemputan)
08.30 pagi - Sarapan pagi di Restoran Bayu Selera Pengkalan Balak.
10.30 pagi - Check out Chalet.
11.00 pagi - Lawatan ke Pusat Melihat Anak Bulan di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tg Bidara Melaka.
12.45 Tgh - Bersurai dan aktiviti bebas/sendiri. Bertolak balik ke Segamat.
Sebahagian kereta konvoi di Plaza Tol Melaka
Berkumpul dan taklimat di Gerai MDS
Pemandangan di Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka
Makan tengahari di tepi pantai Kg Padang Kemunting, Pengkalan balak ( Asam Pedas Melaka)
Seraya Pantai Chalet Kg Hailam Pengkalan Balak Melaka - Kami menginap disini
Makan malam Ikan bakar di Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak
Sarapan pagi di Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak
Pemandangan dari Kompleks Falak Al Kawarizmi, Tg Bidara Melaka
Replica International Space Station (ISS) di Bilek Pameran
di Kompleks Falak Al Kawarizmi, Tg Bidara
di Kompleks Falak Al Kawarizmi, Tg Bidara
Replica Space Shuttle
Insya Allah Hari Keluarga tahun depan mungkin akan diadakan di Terengganu pulak.
Semoga berjumpa lagi.
Tuesday, August 2, 2011
Tip Ramadan
- AL-QURAN - Menghasilkan 1 juzuk sehari tilawah dan sebaik-baiknya khatam Al-quran dalam bulan ini.
- TAHAJJUD - Tahajjud laksana permata di hati mukmin, bersungguh sungguh melaksanakannya dalam bulan Ramadan dengan niat yang ikhlas.
- TARAWIH - Bertarawih bersama keluarga dan berjamaah disurau atau masjid.
- ANAK-ANAK - Tentukan siapa yang akan berpuasa penuh, siapa yang akan puasa sekadar mampu dan bagaimana cara untuk menggalakkan mereka supaya berpuasa.Siapa pula yang akan ikut solat tarawih dan anak yang tidak bertarawih di mana dan apa programnya.
- ZIKIR & DOA - Manfaatkan keberkatan Ramadan ini dengan zikir & doa.
- MAKANAN - Berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Digalakkan menjamu orang lain berbuka puasa.
- SEDEKAH (INFAQ) - Perbanyakkan sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : IKRAM Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)