Untuk amalan kita bersama.
Amin............
Monday, March 26, 2012
Saturday, March 10, 2012
Masjid Jannatul Firdaus
Akhirnya Masjid Jannatul Firdaus, Kg Jawa Segamat telah selamat dirasmikan oleh Tengku Ismail Ibrahim Tengku Mahkota Johor mewakili DYMM Sultan Johor pada hari Jumaat 24 Febuari 2012 bersamaan 02 Rabi'ul Awal 1433H. Dah dua kali dilanda banjir besar pada 2006 dan 2011.
Ruang Solat bahagian depan Mimbar
Masjid ini mula dibina awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada 2001. Pembinaannya untuk menggantikan masjid lama yang telah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan lagi. Faktor bertambahnya penduduk dengan pembukaan banyaknya taman taman perumahan baru di Kg Jawa membuatkan pembinaan Masjid baru ini sangat diperlukan bagi menampung jumlah jemaah yang ramai.
Tirai dibuka oleh Tengku Mahkota tanda perasmiannya
Laman Rekriasi di hadapan Masjid
Gambar dari udara semasa banjir besar pada Jan 2011 yang lalu, dimana
Masjid ini tidak terkecuali dimasuki dan dinaiki air.
Semoga masjid dapat dijadikan pusat ilmu disamping tempat ibadah berjemaah disamping merapatkan silaturahim untuk seluruh penduduk Kg Jawa.
Friday, March 9, 2012
Cucu
Alhamdullillah. Syukur kehadrat Allah seorang bayi lelaki lahir kedunia jam 12.55 pagi Selasa 06 Mac 2012 bersamaan 13 Rabi'ul Akhir 1433H. Bayi seberat 2.8 kg itu adalah cucu sulung saya.
Muhammad Alif Muhaimin - baru tengok dunia
Pusat Perubatan Naluri Wangsamaju
Atuk dan cucunya
Nenek dah lama sangat tak pegang bayi - muka jadi cemas
Mak Long dengan anak saudaranya. Pegang sebelah tangan. Santai.
Kucing lalu dekat kaki boleh terlepas budak tu.
Doakan semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Amin.....Amin........
Subscribe to:
Posts (Atom)