Sunday, September 2, 2012

Suasana Syawal 1433H



1 SYAWAL




Tahun ini bertambah seorang lagi dalam keluarga saya. Seorang cucu pertama Muhammad Alif Muhaimin berumur baru 5 bulan.



Sekembalinya dari solat sunat Aidilfitri tahlil dan doa selamat dibacakan kami anak beranak sebelum menjamah juadah hari raya. Sebelum itu selepas solat subuh kami bertakbir dan bermaaf - maafan sebelum  ke masjid untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri..


2 SYAWAL


Telah menjadi tradisi di Kg arwah abah sejak berpuluh tahun, penduduk Kg Dato' Bentara Luar, Jalan Temenggong Ahmad, Muar  akan bermarhaban dari rumah ke rumah pada 2 Syawal mulai jam 8 pagi. Seperti lazimnya kami adik beradik akan menyertainya. Walaupun kedua-duanya telah tiada kami adik beradik tetap akan berkumpul dirumah pesaka ini untuk meneruskan aktiviti marhaban ini.


Selepas solat zohor, kami adik beradik serta anak cucu mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil. Dari 12 orang adik beradik semuanya, 8 yang masih hidup. Tetapi kehadiran anak-anak, cucu-cucu serta ipar duai memeriahkan lagi perhimpunan keluarga ini. Korum ini jugalah kami gunakan untuk berbincang hal hal berkaitan keluarga dan selepas itu saling bersalaman dan bermaafan sesama kami adik beradik dan keluarga masing-masing.


3 SYAWAL




Kelazimannya ziarah kubur di Bt 6 Bakri, Muar dilakukan pada hari raya pertama. Tetapi sejak akhir-akhir ini kami lakukan mengikut kesusuaian masa dan keadaan. Tahun ini hari ketiga syawal baru dapat dilakukan. Di perkuburan ini ada 6 kubur untuk diziarahi. Kubur arwah atuk yah (emak arwah abah), arwah abah, mak, kakak Ramlah, adik Tajudin dan adik Saadiah. Seorang lagi adik saya jasadnya dikebumikan di perkuburan Mahmoodiah Johor Bahru.






Selepas itu kami ke Taman Mas Jaya Parit Setongkat rumah Adnan & Ashid. Ada majlis rumah terbuka. Jamuan utama adalah BBQ  daging kambing, lembu, ayam dan ikan. Makanan lain ialah sup tulang, nasi putih, sambal sotong dan sayuran. Sungguh menyelerakan ........ Disamping menjamu selera ia dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga.

Insya Allah semoga perhimpunan keluarga di Muar ini berkekalan setiap tahun. 

Aamiin...................


Friday, August 17, 2012

7 Kesilapan Di Hari Raya Idilfitri






Kepada semua pembaca blog ini yang setia, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga ALLAH menerima semua amalan-amalan kita disepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini. Insya Allah...................




Dalam kegirangan dan kegembiraan menyambut Idilfitri disepanjang bulan Syawal, kita perlu juga mengambil perhatian kepada beberapa perkara diatas. Semoga  mendapat keberkatan dan keampunan dari ALLAH subhanahu wata'ala.





Banyak bersedekah juga disarankan  sepanjang syawal ini. Amalan bersedekah ketika di bulan Ramadan perlu diteruskan. Jangan lupa kepada yang kurang bernasib baik.



Sumber : Buletin Masjid Jannatul Firdaus, Kg Jawa, Segamat.


Monday, June 4, 2012

JPO


Akhirnya saya berpeluang juga sampai ke JPO ini, setelah sekian lama hangat diperkatakan semenjak pembukaan rasminya pada Disember 2011 yang lepas. Kompleks membelibelah bertaraf antarabangsa yang pertama di Asia. Terletak di Kulaijaya kira kira 30 KM dari JB.



Johor Premiem Outlets






Orang perempuan kalau dah sampai sini terkena juga kita






Peta lokasi Kompleks JPO


Kebanyakkan yang datang adalah pelancung luar negeri dan juga warga Singapura.  Tetapi jika datang kesini bawalah duit banyak-banyak. Harga yang ditawarkan boleh tahan ...............


Monday, May 21, 2012

1 Rejab 1433H






Esok hari selasa  22 Mei 2012 adalah permulaan bagi bulan Rejab 1433H.

Marilah kita berdoa dan melakukan amal ibadat moga ALLAH memberikan keizinanNYA agar kita semua dapat menikmati kenikmatan beribadah di bulan Ramadan nanti. 

Insya Allah.

Aaamiin.

Sunday, May 20, 2012

Khatam Al Quran - 1966


As Salammu'alaikum.

Lama sungguh saya tak update blog ini. Ada masaalah teknikal sedikit dengan browser google ni. Alhamdullillah semuanya dah kembali normal.

Saya dapat kiriman 4 keping gambar dari abang saya Hj Mohd Azhar di Pontian.  Gambar khatam kami berdua serentak sempena majlis perkahwinan kakak sulung saya Almarhumah Hjh Ramlah pada tahun 1966. Semasa tu saya dalam Tingkatan 1 High School Muar. 

Surah surah Al Quran juzuk terakhirdibaca selang seli sehingga tamat.



Bacaan dengan tajwid dan taranum sekali. Tapi tak le bagus sangat

Mula berarak dari rumah jiran sebelah Tn Hj Misbah


Berarak dengan kompang dan diiringi dengan bunga manggar. Ala ala penggantin gitu


Majlis ini berlangsung diperkarangan rumah kami kitika itu di No 189 Jalan Salleh, Parit Setongkat Muar (Sekarang dah pindah). Sungguh meriah.

Kenangan  manis yang tidak dapat dilupakan.



Monday, March 26, 2012

Zikir Munajat

Untuk amalan kita bersama.

Amin............

Saturday, March 10, 2012

Masjid Jannatul Firdaus




Akhirnya Masjid Jannatul Firdaus, Kg Jawa Segamat telah selamat dirasmikan oleh Tengku Ismail Ibrahim Tengku Mahkota Johor mewakili DYMM Sultan Johor pada hari Jumaat 24 Febuari 2012 bersamaan 02 Rabi'ul Awal 1433H. Dah dua kali dilanda banjir besar pada 2006 dan 2011.

Ruang Solat bahagian depan Mimbar

Masjid ini mula dibina awal tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada 2001. Pembinaannya untuk menggantikan masjid lama yang telah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan lagi. Faktor bertambahnya penduduk  dengan pembukaan banyaknya taman taman perumahan baru di Kg Jawa membuatkan pembinaan Masjid baru ini sangat diperlukan bagi menampung jumlah jemaah yang ramai. 
Tirai dibuka oleh Tengku Mahkota tanda perasmiannya



Laman Rekriasi di hadapan Masjid 

Gambar dari udara semasa banjir besar pada Jan 2011 yang lalu, dimana
Masjid ini tidak terkecuali dimasuki dan dinaiki air.


Semoga masjid dapat dijadikan pusat ilmu disamping tempat ibadah berjemaah disamping merapatkan silaturahim untuk seluruh penduduk Kg Jawa.