Tuesday, January 18, 2011

Satu petang di Tanjung Mas, Muar

Rasanya dah lama sangat tak pergi ke Tg Mas ni. Last masa anak anak masih kecil lagi, dah berbelas tahun tu... Tapi sekarang banyak yang telah berubah wajah. Makin cantik pemandangannya. Daerah Muar adalah tempat kelahiran ku.


Berlatarbelakangkan Kuala Sungai Muar dan Bandar Maharani




Disini pun ada replika Buah Durian


Kompleks Marina Tg Mas Muar



Kat Tg ketapang masih ada lagi makhluk ni

Air Sungai surut. Seronok dia berehat.

Bersyukur pada keindahan alam  ciptaan Tuhan.


Monday, January 10, 2011

Teknik Khusyuk Dalam Solat

Masjidil Haram


Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :


1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).


2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.


3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.


4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.


5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.


6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.


7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.


8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.


9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan ALLAH yang maha Agung dan Maha Mengetahui
segala rahsia hamba-Nya.


10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH yang melihat segala gerak-geri kita.


11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.


12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.


13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.


14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.


15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.


16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.


17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.



Semoga dapat kita bersama menghayatinya bagi mengecapi kekhusyukan dan kemanisan beribadah.   Amin......


Rujukan : Kitab Indahnya Hidup Bersyariat.

Wednesday, January 5, 2011

Hadiah Tahun Baru





Hadiah untuk " Rakyat  didahulukan ".  Petrol RON 97 naik 10 sen lagi mulai 05/01/11. Sekarang harganya  RM 2.40. Nampak gaya setiap bulan 10 sen.

Jangan lupa, harga minyak tanah sekarang RM 2.50, naik 10 sen juga.

Lepas ini banyak lagi harga barang barang yang naik.

Kita tunggu bersama.........


Monday, December 27, 2010

Teringat Kisah Lama

Duduk dari kiri : David Chan (MK), Amiruddin , Pn Maznah(Trainer), Mohd Nor Hassan (Kuantan)
En Yatim (Trainer), En Chan Yat Meng (Lecture), Mr Yee (Lecture ) , Zakariah (MK),
Md Hanapiah Md Tahir (JB), Mohd Akhir (Ipoh).
Berdiri dari kiri : Nordin Jaafar (Tampin), Sharil (Kuantan), Ismail Tambun (Dungun), Mohd Yusof Pala (JB), Lupe nama, Idris Ismail (K/Lipis), Ahmad Deraman (K/Baru), Bahrol Ali(Banting), Mohd Isa lambak (Kuantan), Azizan(Kangar), Kamaluddin (JB).

Gambar ini adalah dengan ehsan dari sahabat lama Tn Hj Idris Ismail. Posing orang lama-lama, kaki bersilang.

Gambar ini diambil semasa kami semua menghadiri kursus Basic Radio di Pusat Latihan Talikom Jalan Gurney, KL pada tahun 1973. Tempoh kursus ini berjalan selama 2 bulan kalau tak silap dari 07/05/1973 - 30/06/1973. Macam-macam perkara suka duka dan melucukan berlaku dan kalau duduk sorang sorang tengok gambar ni senyum memanjang aje. Kesemua jejaka dalam gambar ini telah pun bersara hanya seorang saja yang masih aktif lagi jadi Pensyarah Buisness Marketing di OUM Perak. Tn Hj Idris laa tu. Syabas diucapkan. Dua orang dah pun meninggal dunia. Arwah Mohd Yusof Pala, kanser otak dan Arwah Kamaluddin kemalangan jalanraya didepan rumahnya. Untuk mereka berdua. ALFATIHAH......

Rakan-rakan yang dah lupa namanya ni agaknya sahabat saya Tn Hj Idris boleh tolong ingatkan.

















Sekarang ni semuanya dah bertukar wajah. MMC KL terletak di Jalan Semarak, KL. Di akhir akhir tahun berkhidmat sebelum bersara saya pernah berkursus ke MMC KL diawal tahun 2008. Suasana semuanya telah berubah mengikut keadaan semasa.

Hebat.......



Sunday, December 12, 2010

Gembira dan Sedih

Gembira

Gambar Hiasan - Restoran Tasik Idaman

Saya  sekeluarga telah ke Medan Ikan Bakar Tasik Idaman minggu lepas bagi meraikan isteriku menyambut hari kelahirannya ke 56 tahun.  Restoran ini terletak dibekas tapak lombong terbiar di Batu 26 Jalan Jenderam, Dengkel Selangor. Makanan yang dihidangkan sunggug enak dan sedap. Terima kasih pada anak-anak yang telah membuat persiapan awal majlis ini dan juga telah memberikan hadiah hadiah kepada ibu kesayangi mereka.





Semoga Allah panjangkan umur isteriku dalam iman, dipeliharakan kesihatan yang memuaskan agar dapat mengerjakan amal ibadah dengan sempurna mungkin. Amin...........


Sedih

Keesokan harinya kami ke LCCT Sepang untuk menghantar anak ke 3 untuk melaporkan diri bertugas ke Kementerian Kesihatan Sabah mulai pada 01 Disember 2010. Shahir Izwan akan bertugas diunit Farmasi di Nabawan Keningau., setelah menamatkan latihan PRP di Hospital Sultanah Aminah JB selama setahun. Nabawan bolih dikategorikan salah satu kawasan pendalaman di Sabah dan dikatakan lebihkurang 3 1/2 jam perjalanan dengan teksi dari Kota Kinabalu dengan pengalaman jalanraya yang mencabar.

Penerbangan Air Asia AK5104 berlepas dari LCCT Sepang jam 1105 pagi. Perjalanan udara ke KK akan mengambil masa 2 1/2 jam.







Abah dan emak ucapkan selamat bertugas diperantauan dan berdoa semoga  ALLAH mempermudahkan segala  perancangan disana dan maju jaya dalam kerjaya.

Amin.......



Friday, December 10, 2010

MAHA 2010

Tahun ini saya berkesempatan untuk melawat MAHA 2010 di Serdang pada 29 Nov 2010 yang lalu. Semua media melaporkan MAHA kali ini adalah yang terbaik dan teramai pengunjungnya sehingga mencecah angka 2.6 juta orang. Ini juga telah disahkan oleh beberapa Menteri termasuk PM sendiri. Pada pandangan saya pun begitu juga. Cuma sistem pengangkutan dalaman perlu dibaiki lagi, memandangkan lokasi pameran adalah jauh dari satu tapak ke satu tapak yang lain.

Berbagai jenis buah-buah tempatan disusun rapi menjadi
 Replika 1 Malaysia















 

YB Datuk Baharuddin Amiruddin, Pengerusi FAMA menerima sijil penganugerahan Malaysia Book of Records dari Tan Sri Mohd Noh Ismail diatas pengunjung teramai mencecah 2.6 juta orang.


 

 

 



 

 


















Sayang kerana tidak dapat melawat semua tapak pameran di MAEPS ini. Sebab utama terlalu luas dan memenatkan. Tambahan lagi jam 2 petang hujan turun dengan selebat lebatnya membuat kami hilang tumpuan dan terus balik apabila hujan reda sedikit. Ada separuh lagi tapak pameran yang masih belum disinggahi lagi. Rasa yang elok 2 hari lawatan baru puas rasanya.............

Syabas Kementerian Pertanian dan Asas Tani , FAMA dan lain lain agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran ini.


Wednesday, December 8, 2010

BERSELAWAT



Gambar hiasan

Makna selawat :

Dari segi bahasa : Bermakna doa,rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah.
Dari segi syarak : Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar ALLAH mengurniakan keutamaan dan kemuliaan keatas Baginda SAW.

Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan islam sesuai dengan firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ahzab ayat ke 56.

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا 


Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya



Kesimpulannya berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada ALLAH ( terhadap hamba-Nya yang beriman ) bererti memberi rahmat. Jika daripada malaikat bererti meminta keampunan ALLAH dan jika daripada orang beriman bererti doa kesejahteraan seperti :

" Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW "

KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Ia merupakan salah satu amalan penting utama.
2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafat Nabi SAW.
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat daripada huru-hara hari kiamat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu  bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi SAW  dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
10.Kehidupan didunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Wallah hu 'alam........


Rujukan : Indahnya Hidup bersyariat.