Friday, March 9, 2012

Cucu


Alhamdullillah. Syukur kehadrat Allah seorang bayi lelaki lahir kedunia jam 12.55 pagi Selasa 06 Mac 2012 bersamaan 13 Rabi'ul Akhir 1433H. Bayi seberat 2.8 kg itu adalah cucu sulung saya.


Muhammad Alif Muhaimin - baru tengok dunia


Pusat Perubatan Naluri Wangsamaju

Atuk dan cucunya


Nenek dah lama sangat tak pegang bayi - muka jadi cemas


Mak Long dengan anak saudaranya. Pegang sebelah tangan. Santai.
Kucing lalu dekat kaki boleh terlepas budak tu.


Doakan semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Amin.....Amin........


Tuesday, January 31, 2012

Taubat




Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita.


ALLAH yang amat  pemurah


ALLAH yang amat  pengasih

Thursday, December 29, 2011

Pemandangan indah di Cameron Highland

 Pemandangan indah Ladang Teh di Cameron Highland

Sri Intan - TM Resort Cameron Highland

Distinasi terakhir percutian kami bagi tahun ini ialah Cameron Highland. Perjalanan dengan kereta dari Simpang Pulai Ipoh mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan kami mendaki jalan yang  bengkang bengkok dalam keadaan hujang renyai dan lebat silih berganti. Sampai di TM Resort Tanah Rata jam 5 petang. Check in dan berehat seketika. 

 Sekitar Pasar Malam Pekan Brincang  dan makan malam
 di Medan Selera Tanah Rata.


Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland

Buah buahan segar, Sayuran  dan  bunga-bunga yang subur


 Replica Buah buahan tempatan di Pekan Tanah Rata

 Pemandangan Ladang Strawberry di Kasimanis & Raju Hill -  Kea Farm

 Taman Rama Rama

Ladang Boh Tea di Sungei Palas


Cuaca sejuk sepanjang hari dengan hujan renyai renyai berterusan dengan berhenti sesekali menghadkan pergerakan kami. Tetapi banyak juga tempat-tempat yang menarik kami lawati. Ladang Strawberry pun kurang berbuah. Insyallah dilain masa nanti mungkin akan ke Cameron Highland lagi tetapi melalui jalan lain melalui Tapah pula.

Jam 1 petang kami bergerak pulang ke Bangi.


Wednesday, December 28, 2011

Khatanthon..............?




Pernah ke anda dengar perkataan ini ? KHATANTHON........rujuk kamus DBP maknanya........

Saya dah bersara baru jumpa ...............

Marathon..............Jogathon...........................Cyclethon...........................

semua dah dengar ...................

Khatanthon..................

Agaknya berapa banyaklah ' Anu ' yang kena...... sepanjang program ini dijalankan.

Saya nampak banner ini semasa pergi menghantar anak sahabat saya bernikah di Bandar Sunway minggu lepas.

Semoga semuanya selamat.

Friday, December 16, 2011

Lost World of Tambun - Ipoh

Percutian kali ini di kawasan utara. Saya berempat telah bertolak ke Ipoh dan bersiar-siar persekitaran bandar. Beberapa tempat dilawati sekitar bandar Ipoh. Saya juga berpeluang bertemu sahabat lama yang telah bertahun tidak bersua. Saya ke Kg Tersusun Bt 4 Tambun ke rumah Tn Hj Jumaidi Tapsiron. Alhamdullillah banyak yang dibualkan, maklumlah tak jumpa semenjak tahun 1984 lagi ( tamat kursus 861). Punyalah rancak bersembang sehingga terlupa untuk bergambar bersama-sama keluarganya sebagai kenangan.

Pemandangan di Masjid Sultan Azlan Shah, Stesen Keretapi Ipoh,
 Tugu Peringatan Buruh Keretapi Thailand - Burma
 dan Hotel Regalodge (Penginapan kami) di Ipoh.

The Lost World Of Tambun. Tapak kawasan lombong bijih timah terbesar diperak.
Sekarang dijadikan Taman Tema Air.

Hot spring & Water park

Lost World Petting Zoo

Tin Valley


Amusement Park


Semoga saya dapat kembali lagi ke Negeri  Perak dan meninjau ke lokasi pelancungan yang lain pula. Insya Allah...

Tuesday, November 29, 2011

Usia meningkat lagi

Tahun demi tahun umur akan sentiasa meningkat. Ia tidak akan menurun. Begitulah halnya dengan kami suami isteri. Kami diraikan dalam majlis sederhana makan malam oleh Azah  di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Ini disebabkan saya kurang sihat diserang demam selesema.

Makan malam santai saja dirumah dan acara potong kek.

Malam kedua adik (Fadil sekeluarga di Sg Merap) pulak ajak makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai. Tempat baru katanya. Menunya ok juga. Boleh cuba lagi. Kelainnya ikan dibakar bersama petai. Terima kasih diucapkan pada Fadil sekeluarga. 

Ana Ikan Bakar Petai, B. B Bangi

Malam ketiga Azah ajak pula makan ringan-ringan katanya. Kali ni di Old Timer Kopi diseksyen 9, B.B Bangi. Ok juga menunya sedap. Malam ni makan ringan sebab pada siangnya dah banyak makan nasi baryani dijemputan majlis perkahwinan.

Old Timer Kopi 

Alhamdullilah syukur kepada Allah yang telah meminjamkan umur kami setahun lagi. Juga terima kasih pada Azah dan Fadil sekeluarga yang telah meraikan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua Insya Allah.

Amin.............

Tuesday, November 15, 2011

Istana Negara - Baru dan Lama

Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan
dari Menara Kuala Lumpur 

Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara Lama - Dalam kenangan

Sumber dari Kosmo Online.