Monday, March 28, 2011

DOA

 Contoh doa untuk amalan harian

 Nu'man Ibn Bashir meriwayatkan daripada Nabi SAW maksudnya:    " Doa itu adalah Ibadah"


Firman ALLAH SWT ( Surah Al-Ghafir : 60 )


           قَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ
دَاخِرِين 
Maksudnya:

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)

SYARAT-SYARAT BERDOA

1. Dalam keadaan berwuduk.
2. Dalam keadaan menutup aurat.
3. Menghadap ke kiblat.
4. Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk.
5. Tidak tergesa-gesa.
6. Dimulai dengan memuji kebesaran Allah.
7. Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasullah SAW.
8. Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dimakbulkan.
9. Diakhiri dengan selawat dan salam.
10.Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.

SYARAT DOA MAKBUL

1. Menjaga makanan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan syubhah.
2. Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolehannya.
3. Tidak melakukan perbuatan maksiat.
4. Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.


SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA

Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkara:

1. Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya. 
2. Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya.
3. Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal denganya.
4. Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.
6. Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
7. Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.
8. Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.
9. Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
10. Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA

1.  Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan).
2.  Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di-Arafah).
3.  Pada bulan Ramadan.
4.  Pada malam Jumaat.
5.  Pada hari Jumaat.
6.  Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
7.  Pada tengah malam.
8.  Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam).
9.  Sepertiga malam yang pertama ( jam 6 sampai 10 malam ).
10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi).
11. Pada waktu sahur (sebelum fajar).
12. Sesudah berwuduk.
13. Ketika orang azan untuk solat.
14. Antara azan dan iqamat.
15. Ketika orang mengucapkan iqamat.
16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil.
17. Dalam pertempuran di medan perang.
18. Pada akhir tiap-tiap solat fardu.
19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat).
20. Ketika sedang membaca Al-Quran.
21. Setelah tamat membaca Al-Quran.
22. Ketika minum air zamzam.
23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi).
24. Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama.
25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid, dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).
26. Ketika menutup mata orang yang telah mati.
27. Pada waktu turun hujan.

Waallah hu 'aalam.


Rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat.


No comments:

Post a Comment