Gambar Hiasan - Kawasan Perkuburan Islam
WASIAT
Anak-anak ku
Hari tua bagi ku telah datang,
Semua tanda-tandanya sangat ketara sekarang.
Kedut, kecut, kendur dan lemah seluruhnya.
Bertambahnya uban penanda uzur, mata ku makin kabur.
Urat, sendi dan tulang belulang rasa terikat.
Kebebasan ku terhad, usia makin dekat.
Anak-anak ku yang dikasihi............
Sementara belum kelu lidahku,
Mari......... tataplah wajah ku dan dengar wasiat ini.
Kerana hari sudah petang.
Aku sekarang sedang mempersiapkan diri, menghitung hari.
Untuk menghadapi saat perpisahan itu.
Hari yang sangat pilu.
Hari air mata bagi kamu.
Hari penentuan bagi ku.
Aku akan memulakan, satu perjalanan yang sangat panjang.
Tak perlu harta, tak perlu wang.
Hanya doa dan tahlil kamu.
Aku nanti dan aku tunggu.
Jangan lupa anak ku.................!
Praktikkan sekarang................!
Aku nak dengar, aku nak pandang.
Kerana hari penentuan makin hampir.
Kematian pasti datang.
Tiada siapa berjaya lari, menentang.
Semuanya akan pergi........Anak ku
Aku akan pergi..............Menemui Illahi.
Seperti yang dijanji.
Untuk mempersembahkan
Seluruh amal bakti.
Yang rosak, yang sambang,
Yang buruk, terlarang
Mohon Allah kunci, tutup terlindung dari dipandang
Yang baik, molek, yang bernas, cantik, cemerlang
Semoga Allah timbang
Walaupun kecilnya, tak seberapa ditimbang neraca
Aku masih menggantung harapan
Kepada janji Allah dan Rasul Allah
Ya.... Rasul Allah
Adriq na....... Ya Rasul Allah
Bantulah kami Ya...... Rasul Allah
Allah..... Humma.....Solliwasallim
Waba....rik''alai........
Karya :
Tn Hj Neng Baba
AJK Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
Daerah Segamat.
No comments:
Post a Comment