Saturday, July 16, 2011

Menanti ketibaannya..................



Persiapan Rasullah SAW dan sahabat-sahabat menanti ketibaan Ramadan dan persiapan kita bersama keluarga dalam menanti ketibaannya, diantaranya:

Seluruh ahli keluarga berpuasa sunat Sya'ban sebanyak mungkin, kalau tak mampu puasalah Isnin dan Khamis atau puasalah tiga hari abyad.

  • Bersenandung dengan Al Quran dalam bulan Sya'ban, mendengarnya dari corong radio dan membacanya sebagai wirid harian.
  • Mengingatkan ahli keluarga untuk mengadakan majlis ilmu dengan membaca kitab-kitab fikah tentang Ramadan.
  • Menghiasi rumah sempena menyambut Ramadan terutamanya pada akhir Sya'ban.
  • Mengubah susun atur peralatan rumah, mempastikan kebersihan, menggantung perhiasan-perhiasan ayat-ayat Al-Quran. Juga menggantungkan perhiasan-perhiasan dibilik anak-anak, tujuannya untuk mengambil perhatian ahli keluarga dengan kedatangan tetamu Ramadan.
  • Membuat tabung Ramadan terutama sesama ahli keluarga untuk dapat diinfaqkan.
  • Melahirkan rasa kasih sayang terhadap pasangan, menghilangkan segala buruk sangka, berlemah lembut dan bermesra sehingga tidak menggangu "suasana beribadah" dalam bulan Ramadan.
  • Menziarahi kedua ibubapa dan keluarga, menghubung kemesraan dengan memberi hadiah yang berpatutan; kerana suasana Ramadan tidak dapat memberi banyak peluang berziarah.
  • Memperkukuh ukhuwwah dengan jiran-jiran, saling memberi nasihat, malah boleh mengatur program-program majlis ilmu di antara sesama wanita sesudah zohor atau sesudah tarawikh.
  • Membanyakkan doa agar Allah memanjangkan umur agar sempat berpuasa Ramadan terutamanya terhadap anak-anak yang mula belajar puasa, sehingga dapat dididik sifat taqwa dan sentiasa berhubung dengan Allah.
Ya Allah ..... pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini.

Sumber: Ikram Johor

No comments:

Post a Comment