Sunday, September 11, 2011

2 Syawal





Adik beradik serta anak cucu bergambar kenangan dihalaman rumah pusaka arwah abah dan emak


Seperti kelaziman setiap 2 syawal kami akan berkumpul semua adik beradik serta anak cucu masing-masing dirumah peninggalan almarhum dan almarhumah abah emak di Muar. Alhamdullillah tahun ini semuanya berjalan dengan lancar.

Dimulakan dengan kunjungan rombongan marhaban dari kariah Kg Dato' Bentara Luar ke rumah kami.  Menu hidangan tahun ini ialah sup tulang cecah roti dan nasi lemak serta biskut raya. Juadah lain dibawa dari rumah masing-masing.  

Selepas zohor kami sekeluarga mengadakan bacaan Yassin dan tahlil beramai ramai diikuti dengan sessi bermaaf maafanan diantara kami. Sebagai kenangan  kami mengambil gambar seisi keluarga  di luar rumah. Akhir sekali waktu petang sebelum bersurai ke destinasi masing-masing kami telah ke kubur Batu 6 Bakri menziarah pusara Abah, Emak, Atok Yah, Kak Nong, Azman, Tajuddin dan Saadiah. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Roh mereka dan ditempatkan bersama-sama  dengan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin.......

Rombongan Marhaban dari kariah Kg Dato Bentara Luar


Kyusuk dalam acara bacaan Yasiin dan Tahlil.

Kehadiran anak-anak dan cucu memeriahkan lagi majlis kami.


Sesekali berjumpa beramai-ramai banyak cerita nak disampaikan


Semoga di  2 Syawal tahun hadapan Insya Allah kita akan berkumpul lagi dirumah keramat ini. Berdoalah semoga Allah anugerahkan kesihatan dan dipanjangkan umur. Amin.


No comments:

Post a Comment