Monday, October 31, 2011

Siap siaga


" Makna siap siaga ialah siap sedia, iaitu sudah bersedia untuk(melakukan sesuatu dll.).  Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1485."

Satu Usaha Kesedaran Siapsiaga Bencana oleh
Mercy Malaysia dan JKKK Mukim Sungai Segamat, Johor.


Ini adalah papan tanda amaran yang diletakan dikawasan perumahan Jalan Nuri dan Jalan Maryani di Segamat. Kawasan yang telah dilanda banjir besar pada tahun 2006 dan Jan 2011 yang lepas.

Jabatan Kaji Cuaca dalam ramalannya memaklumkan 6 Negeri ( Kelantan, Trengganu, Pahang, Johor, Kedah dan Perlis), akan menerima taburan hujan yang banyak melebihi biasa sepanjang bulan November ini dan berkemungkinan mengakibatkan Banjir Besar.

Semoga kami mendapat perlindungan ALLAH (s.w.t) dan dijauhi dari berlakunya bencana ini. Amin......Amin......

Wednesday, October 26, 2011

Tenom


Semasa kami berada di Sabah akhir Mei 2011 yang lalu, kami berpeluang ke  bandar kecil Tenom, kira-kira 1 jam perjalanan  dari Keningau. Sebelum itu dari Airport KK perjalanan ke Keningau  mengambil masa  lebih 2 jam  dengan pengalaman yang mencemaskan. Pendakian turun naik bukit dan jalan bengkang bengkok seperti ular dipalu. Perjalanan mendaki bukit merentasi " Banjaran Crocker" melebehi 20 Km amat memenatkan. Kami bermalam di Keningau.

Tujuan ke Tenom untuk lawatan ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Lagud Seberang, Tenom.  Taman seluas 202 hektar ini telah dibuka sejak tahun 2000 merupakan Taman yang berkonsepkan agro-pelancongan. Ia turut dilengkapi dengan taman hiasan, taman evolusi, orkid asli, muzium hidup tanaman dan lain-lain lagi 


  Train dari satu lokasi ke lokasi yang lain

  Muzium Tanaman Hidup

Laman Bunga Kertas


Taman Ixora
Taman Bunga Raya
Okid Tempatan
  
  Okid kacukan

Model Taman

Binatang peliharaan di taman Pertanian Sabah

Lebih 4 jam kami menerokai taman pertanian ini. Sangat mempesonakan. Diharap dapat pergi ke lokasi pelancungan yang lain di Sabah ini jika panjang umur. Insya Allah.

Monday, October 24, 2011

Glucose dalam darah dah tinggi



Sepanjang tempoh 4 bulan ni, S'yaban, Ramadan, Syawal dan Zulkaedah, boleh dikatakan bulan banyak aktiviti makan-makan.

         S'yaban              -  Kenduri arwah dan tahlil menyambut kedatangan Ramadan.
         Ramadan            -  Berbuka puasa yang sedap-sedap. Sentiasa ziarah ke Pasar Ramadan.
         Syawal               -  Juadah Hari Raya, Majlis Marhaban dan Rumah Terbuka. Dapat jemputan aje.
         Zulkeadah          -  Kenduri meraikan bakal bakal Haji.

Disebabkan aktiviti yang tidak terkawal ini, glucose dalam darah pun naik. Bagi pengidap sakit diabetis keadaan sebegini adalah kurang baik dan perlu dikawal.



 Glucometer - Blood Glucose Monitoring System

Alat ini telah dibeli bagi menguji bacaan glucose dalam darah. Boleh dilakukan sendiri, mungkin setiap minggu disamping makan ubat yang diberikan doktor atau herba-herba dan mengurangkan makanan berkanji dan juga bahan-bahan manisan.

Susah juga nak pantang makan ni.............. selera bagus pulak tu....
Exercise pun kena kerap. Ini pun satu lagi perkara yang berat nak buat........... sakit sakit....
Berat badan yang Ideal mengikut ketinggian dan Umur patut 70 Kg. Tapi tak menjadi. Makin berat selalu. Overweight pulak...................

Ya Allah moga dijauhkan aku dari penyakit kronik ini dari bertambah teruk.  Amin.......

Thursday, October 20, 2011

Vietnam 4H3M

Alhamdullillah sekali lagi saya berpeluang mengikuti aktiviti lawatan luar negara anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Segamat. Kali ini ke Ho Chi Min City Vietnam dari 5 - 8 Oktober 2011. Pengalaman yang menyeronokan dan menghiburkan. Rombongan kami terdiri dari 44 orang semuanya.

Perjalanan kami menggunakan Tiger Airways dan berlepas
 dari Budget Terminal Changi Airport.

Penerbang kami Flight 2326Y mengambil masa 2 jam ke HCM City dan mendarat
dengan selamatnya di Tan Son Nhat International Airport
 jam 0840 (waktu tempatan).
  
 Penginapan kami di Kingston Hotel.
Hotel bertaraf 3 bintang. Amat selesa.

Restoran Makanan Halal yang kami kunjungi sepanjang 4H3M di Saigon.
Makanan yang disajikan sama seperti yang terdapat di Malaysia.

Lawatan ke War Remants Museum. Pameran peralatan peperangan Vietcong
dan tentera Amerika. Ditunjukkan juga kesan kemusnahan dan kesengsaraan rakyat
Vietnam sepanjang peperangan tersebut.

Phuong Nam Fine Art And Lacquerware Factory. Kilang kraftangan di Saigon.
Rakyat Vietnam memang terkenal dengan kerja tangan mereka yang cantik.



Lawatan ke Chu Chi Tunnel yang mengambil masa 2 jam dengan bas.
 Perkampungan Chu Chi ini terdapat terowong bawah tanah tempat perlindungan
tentera Vietcong. Panjangnya lebih 200 Km. Terowong inilah tempat persembunyian mereka,
 lengkap dengan Pejabat, Hospital ,tempat kediaman, latihan dan lain lain lagi.

Kami juga berpeluang menyusuri sungai Mekong dengan bot ke Unicorn Island.
Disini tempat ternakan lebah dan Industri Candy kelapa. Kami dijamukan dengan buah buah segar.

Membeli belah di Ben Thanh Market dan pakaian muslimah di Butik Basiroh.

Masjid Ar Rahim. Satu satunya masjid yang terdapat di HCM City (dulunya Saigon)


Penerbangan balik kami  selamat sampai ke Budget Terminal Changi jam 7.45 malam dengan Tiger Airways TR 2329Y.  Bertolak balik ke Segamat dengan bas melalui Link kedua Tuas - Gelang Patah dan sampai dengan selamatnya jam 2.00 pagi. Alhamdullillah..........

Syukur kepada Ilahi yang telah menganugerahkan kesihatan dan kelapangan masa bagi membolehkan saya dan isteri mengikuti lawatan ini.