Semasa kami berada di Sabah akhir Mei 2011 yang lalu, kami berpeluang ke bandar kecil Tenom, kira-kira 1 jam perjalanan dari Keningau. Sebelum itu dari Airport KK perjalanan ke Keningau mengambil masa lebih 2 jam dengan pengalaman yang mencemaskan. Pendakian turun naik bukit dan jalan bengkang bengkok seperti ular dipalu. Perjalanan mendaki bukit merentasi " Banjaran Crocker" melebehi 20 Km amat memenatkan. Kami bermalam di Keningau.
Tujuan ke Tenom untuk lawatan ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Lagud Seberang, Tenom. Taman seluas 202 hektar ini telah dibuka sejak tahun 2000 merupakan Taman yang berkonsepkan agro-pelancongan. Ia turut dilengkapi dengan taman hiasan, taman evolusi, orkid asli, muzium hidup tanaman dan lain-lain lagi
Train dari satu lokasi ke lokasi yang lain
Muzium Tanaman Hidup
Laman Bunga Kertas
Taman Ixora
Taman Bunga Raya
Okid Tempatan
Okid kacukan
Model Taman
Binatang peliharaan di taman Pertanian Sabah
Lebih 4 jam kami menerokai taman pertanian ini. Sangat mempesonakan. Diharap dapat pergi ke lokasi pelancungan yang lain di Sabah ini jika panjang umur. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment