Mercu Tanda Teluk Intan
Menara Condong adalah menjadi mercu tanda bagi Bandar Teluk Intan didalam daerah Hilir Perak ini. Walaupun telah dibina 127 tahun yang lampau tapi masih utuh dan tersergam indah. Boleh dikatakan setiap pengunjung akan mengambil peluang menaiki menara ini dan bergambar sebagai kenangan.
Bergambar kenangan di Menara Condong Teluk Intan.
Keadaan bilek dan suasana persekitaran Rumah Rehat MPTI
Menjamu selera di Wana Cafe
Rumah Rehat MPTI adalah tempat penginapan rombongan kami sepanjang berada di Teluk Intan. Sungguh selesa walaupun telah lama beroperasi, tapi masih dijaga dengan rapi dan harga bileknya berpatutan. Kami sampai lebih kurang jam 3 petang. Check-in bilek dan jamuan ringan petang disediakan di Cafe. Amat menyelerakan kerana perut lapar setelah jauh perjalanan berkereta dari destinasi masing-masing.
Majlis nikah di Surau Taman Melur Teluk Intan
Inilah tujuan kami sebenarnya ke Teluk Intan. Mengiring dan memberi sokongan moral pada anak saudara kami Azmeer Azman yang mendapat jodohnya disini. Majlis nikah dijalankan di Surau Taman Melur selepas solat Isyak. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar.
Rombongan kami dari Johor Bahru, Pontian, Segamat, Muar, Selangor, Kuala Lumpur dan Sg Sumun. Lebih kurang 15 buah kenderaan semuanya. Majlis persandingan diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Bahagia Teluk Intan.
Ya Allah, Satukan
hati kedua mempelai ini dengan iman, keyakinan dan tawakal kepada Mu.
Jadikanlah mereka suami yang soleh dan isteri solehah yang sentiasa membantu.
Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal
soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al Mawaddah dan Al Rahmah didunia dan
di Akhirat.
Aaamiiin..........
No comments:
Post a Comment