Friday, August 12, 2011

Lau Kana Bainana






Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita


Saturday, August 6, 2011

Zakat


Makna Zakat

Dari segi Bahasa: 
Zakat bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih. Bersih dari sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.

Dari segi Syarak:
Zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam-tanaman)


Jenis-jenis dan syarat-syarat mengeluarkan zakat:

Zakat tergolong kepada dua jenis:
  • Zakat "Badaniah" iaitu zakat tubuh badan atau zakat fitrah.
  • Zakat "maliah" iaitu zakat harta benda seperti wang, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya.
Zakat Fitrah:

Jenis zakat ini ialah zakat badan yang diwajibkan  sempena berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah:
  1. Islam (yang bukan Islam tidak diwajibkan berzakat)
  2. Merdeka (hamba tidak wajib mengeluarkan zakat)
  3. Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk diri dan tanggungan pada hari raya dan malamnya.
Secara kesimpulannya, waktu dan hukum membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

1. Dibolehkan            - Dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2. Wajib                     - Selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3. Afdal                     - Selepas solat Suboh sehingga sebelum mengerjakan Solat sunat Aidilfitri.
4. Haram                   - Selepas solat sunat Hari raya Aidilfitri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah :
  1. Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum.
  2. Mengikut sukatan / timbangan sebanyak 2.27 kilogram bersamaan nilai mengikut matawang semasa.Wallah hu 'alam.

Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat

Thursday, August 4, 2011

Hari Keluarga

Seminggu sebelum Ramadan menjelang, Persatuan Pesara Kerajaan Daerah Segamat, telah mengadakan hari Keluarga bertempat di Seraya Pantai Chalet, Pengkalan Balak Melaka. Alhamdullillah ramai juga ahli-ahli telah menyertainya. Disamping aktiviti berehat dipantai kami juga dijadualkan untuk acara lawatan ke beberapa tempat pelancungan disekitar Masjid Tanah, Tg Bidara dan Sg Udang Melaka.

25 Julai 2011:  ISNIN
08.15 Pagi - Berkumpul dan taklimat lawatan digerai MDS dihadapan Poliklinik Segamat.
09.00 Pagi - Perjalanan bermula menuju ke Tol Air Keroh Melaka.( Konvoi 13 buah kenderaan)
11.00 Pagi - Lawatan ke Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka.
12.45 T/hari - Makan tengahari Asam Pedas Melaka di Pantai Padang Kemunting. (Bersantai ditepi laut).
14.00 Ptg - Lawatan ke Pusat Penetasan Penyu, Padang kemunting, Melaka.
15.00 Ptg - Check in Seraya Pantai Chalet, Kg Hailam, Pengkalan Balak Melaka dan berehat.
1930 Mlm - Solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
21.00 Mlm - Makam malam Ikan bakar di Restoren Bayu Selera, Pengkalan Balak.

26 Julai 2011: SELASA
06.50 Pagi - Solat suboh berjemaah. Tazkirah dan kuliah suboh. (Ustaz Jemputan)
08.30 pagi - Sarapan pagi di Restoran Bayu Selera Pengkalan Balak.
10.30 pagi - Check out Chalet.
11.00 pagi - Lawatan ke Pusat Melihat Anak Bulan di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tg Bidara Melaka.
12.45 Tgh - Bersurai dan aktiviti bebas/sendiri. Bertolak balik ke Segamat.
           


Sebahagian kereta konvoi di Plaza Tol Melaka


Berkumpul dan taklimat di Gerai MDS



















Pemandangan di Melaka Tropical Fruit Farm, Sg Udang Melaka


















Makan tengahari di tepi pantai Kg Padang Kemunting, Pengkalan balak ( Asam Pedas Melaka)




Pusat Pengurusan Penyu Kg Padang Kemunting Masjid Tanah Melaka








Seraya Pantai Chalet  Kg Hailam Pengkalan Balak Melaka - Kami menginap disini



Makan malam Ikan bakar di Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak



Sarapan pagi di Restoren Bayu Selera Pengkalan Balak









Pemandangan dari Kompleks Falak Al Kawarizmi, Tg Bidara Melaka


Replica International Space Station (ISS) di Bilek Pameran
di Kompleks Falak Al Kawarizmi, Tg Bidara


Replica Space Shuttle


Insya Allah Hari Keluarga tahun depan mungkin akan diadakan di Terengganu pulak.

Semoga berjumpa lagi.


Tuesday, August 2, 2011

Tip Ramadan


  • AL-QURAN - Menghasilkan 1 juzuk sehari tilawah dan sebaik-baiknya khatam Al-quran dalam bulan ini.
  • TAHAJJUD -  Tahajjud laksana permata di hati mukmin, bersungguh sungguh melaksanakannya dalam bulan Ramadan dengan niat yang ikhlas.
  • TARAWIH - Bertarawih bersama keluarga dan berjamaah disurau atau masjid.
  • ANAK-ANAK - Tentukan siapa yang akan berpuasa penuh, siapa yang akan puasa sekadar mampu dan bagaimana cara untuk menggalakkan mereka supaya berpuasa.Siapa pula yang akan ikut solat tarawih dan anak yang tidak bertarawih di mana dan apa programnya.
  • ZIKIR & DOA - Manfaatkan keberkatan Ramadan ini dengan zikir & doa.
  • MAKANAN - Berbuka dan bersahur dengan makanan yang seimbang. Digalakkan menjamu orang lain berbuka puasa.
  • SEDEKAH (INFAQ) - Perbanyakkan sedekah dan derma kepada mereka yang memerlukan. 

Sumber : IKRAM Johor

Saturday, July 16, 2011

Menanti ketibaannya..................



Persiapan Rasullah SAW dan sahabat-sahabat menanti ketibaan Ramadan dan persiapan kita bersama keluarga dalam menanti ketibaannya, diantaranya:

Seluruh ahli keluarga berpuasa sunat Sya'ban sebanyak mungkin, kalau tak mampu puasalah Isnin dan Khamis atau puasalah tiga hari abyad.

  • Bersenandung dengan Al Quran dalam bulan Sya'ban, mendengarnya dari corong radio dan membacanya sebagai wirid harian.
  • Mengingatkan ahli keluarga untuk mengadakan majlis ilmu dengan membaca kitab-kitab fikah tentang Ramadan.
  • Menghiasi rumah sempena menyambut Ramadan terutamanya pada akhir Sya'ban.
  • Mengubah susun atur peralatan rumah, mempastikan kebersihan, menggantung perhiasan-perhiasan ayat-ayat Al-Quran. Juga menggantungkan perhiasan-perhiasan dibilik anak-anak, tujuannya untuk mengambil perhatian ahli keluarga dengan kedatangan tetamu Ramadan.
  • Membuat tabung Ramadan terutama sesama ahli keluarga untuk dapat diinfaqkan.
  • Melahirkan rasa kasih sayang terhadap pasangan, menghilangkan segala buruk sangka, berlemah lembut dan bermesra sehingga tidak menggangu "suasana beribadah" dalam bulan Ramadan.
  • Menziarahi kedua ibubapa dan keluarga, menghubung kemesraan dengan memberi hadiah yang berpatutan; kerana suasana Ramadan tidak dapat memberi banyak peluang berziarah.
  • Memperkukuh ukhuwwah dengan jiran-jiran, saling memberi nasihat, malah boleh mengatur program-program majlis ilmu di antara sesama wanita sesudah zohor atau sesudah tarawikh.
  • Membanyakkan doa agar Allah memanjangkan umur agar sempat berpuasa Ramadan terutamanya terhadap anak-anak yang mula belajar puasa, sehingga dapat dididik sifat taqwa dan sentiasa berhubung dengan Allah.
Ya Allah ..... pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini.

Sumber: Ikram Johor

Friday, July 15, 2011

Ramadan is coming..................





Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Nabi SAW telah bersabda: " Sesungguhnya telah

datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah

fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu

dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta

dibelenggu segala syaitan........"  (H.R. Ahmad, An-Nasa'i dan Baihaqi)

Sumber: Ikram Johor

Wednesday, July 13, 2011

Tahlil arwah

Seperti kebiasaannya setiap tahun sebelum kedatangan Ramadan, kami sekeluarga akan berkumpul beramai- ramai dirumah pusaka abah dan emak di Kg Dato Bentara Luar, Muar. Alhamdullillah tahun ini kami telah berpakat dan berbincang untuk mengadakan majlis tahlil arwah sempena dengan hari Hol almahum abah yang ke 13 dan almarhumah emak yang pertama. 

Majlis dimulakan dengan bacaan yasiin, diikuti tahlil dan selepas itu berselawat beramai-ramai. Kami juga menjemput jiran tetanga, saudara mara terdekat dan juga sahabat handai bagi memeriahkan lagi majlis kami. Memandangkan salah seorang adik, Zulkarnain ada hajat untuk mengaqiqahkan anaknya, beliau telah menyumbangkan 2 ekor kambing untuk jamuan nasi beryani gam. Syukur alhamdullillah.















Terima kasih kepada semua adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu yang telah bersama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Juga jutaan terima kasih diatas sumbangan ikhlas samaada berbentuk wang ringgit mahu pun barangan. Semoga Allah jua yang membalasnya.

Insya Allah majlis serupa ini akan sentiasa dilaksanakan setiap tahun dan semoga silaturahim dan ukhwah kita sekeluarga akan sentiasa berkekalan. Amin......

Kepada kedua ibubapa dan adik beradik yang telah kembali terlebih dahulu daripada kami disedekahkan Alfatihah..............