Sembahyang Hari Raya hanya dilakukan 2 kali sahaja setahun. Sering kita bertemu situasi imam terlupa membaca takbir 7 kali selepas takbiratulihram pada rakaat pertama. Juga adakalanya imam terlupa juga membaca takbir 5 kali pada rakaat kedua. Dalam keadaan sebegini bilal menyeru "Subhanallah..." untuk memgingatkan imam dan adakala makmum - makmum yang lain yang sangat prihatin sama sama untuk mengingatkan imam sehinggakan bersenaung sebutan "Subhanallah..." kedengaran dalam masjid.
Semoga ceramah Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah Bebas ini dapat memberi penjelasan dan mengelakan kekeliruan yang boleh mengundang perbalahan sesama sendiri.
Waallahualam.
No comments:
Post a Comment