Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Istana Negara - Baru dan Lama

Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan
dari Menara Kuala Lumpur 

Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara Lama - Dalam kenangan

Sumber dari Kosmo Online.

Sunday, December 12, 2010

Gembira dan Sedih

Gembira

Gambar Hiasan - Restoran Tasik Idaman

Saya  sekeluarga telah ke Medan Ikan Bakar Tasik Idaman minggu lepas bagi meraikan isteriku menyambut hari kelahirannya ke 56 tahun.  Restoran ini terletak dibekas tapak lombong terbiar di Batu 26 Jalan Jenderam, Dengkel Selangor. Makanan yang dihidangkan sunggug enak dan sedap. Terima kasih pada anak-anak yang telah membuat persiapan awal majlis ini dan juga telah memberikan hadiah hadiah kepada ibu kesayangi mereka.





Semoga Allah panjangkan umur isteriku dalam iman, dipeliharakan kesihatan yang memuaskan agar dapat mengerjakan amal ibadah dengan sempurna mungkin. Amin...........


Sedih

Keesokan harinya kami ke LCCT Sepang untuk menghantar anak ke 3 untuk melaporkan diri bertugas ke Kementerian Kesihatan Sabah mulai pada 01 Disember 2010. Shahir Izwan akan bertugas diunit Farmasi di Nabawan Keningau., setelah menamatkan latihan PRP di Hospital Sultanah Aminah JB selama setahun. Nabawan bolih dikategorikan salah satu kawasan pendalaman di Sabah dan dikatakan lebihkurang 3 1/2 jam perjalanan dengan teksi dari Kota Kinabalu dengan pengalaman jalanraya yang mencabar.

Penerbangan Air Asia AK5104 berlepas dari LCCT Sepang jam 1105 pagi. Perjalanan udara ke KK akan mengambil masa 2 1/2 jam.







Abah dan emak ucapkan selamat bertugas diperantauan dan berdoa semoga  ALLAH mempermudahkan segala  perancangan disana dan maju jaya dalam kerjaya.

Amin.......



Thursday, December 2, 2010

2 dalam 1



Tanggal 16hb Nov 2010 bersamaan 9 Zulhijah  1341 rupa rupanya genaplah  umur saya 57 tahun. Hari itu juga umat islam masih lagi berada di Arafah dan ada sebahgiannya telah mula mabit ke Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar jamrah. Ditanah air kedengaran takbir hari raya berkemundang diudara dari Masjid dan surau-surau selepas solat Maghrib. Ini adalah malam hari raya Qurban.

Anak anak mengambil kesempatan untuk meraikan  saya pada malam ini tanpa dirancang. Suprise kata mereka. Jamuan makan malam dirumah disertakan dengan potong kek hari lahir. Walau sederhana dan secara kecil-kecilan tetapi amat bermakna bagi saya. Terima kasih anak anak semua.


Bacaan doa selamat dan kesyukuran


Dah tua tua disuruh potong kek Birthday


Bertakbir Hari Raya dari rumah ke rumah pada malam raya.
 Ini giliran rumah saya.


Menjamu selera selepas bertakbir secara ala kadar saja


Bergambar kenangan sebelum ke Masjid untuk Solat Eidul Adha  keesokan harinya.


Bersiap sedia untuk ke Masjid - Posing sakan


Saya memanjatkan kesyukuran diatas nikmat ALLAH ini dan sangat berterima kasih pada isteri dan anak anak yang telah menyediakan jamuan, hadiah kek dan juga telah memberi hadiah harijadi yang lain kepada saya pada tahun ini.

Abah doakan semua anak anak murah rezeki, berjaya dalam kerjaya masing masing dan sentiasa dalam sihat walafiat.  Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH subhanahu wata'allaa. Amin amin........


Friday, April 9, 2010

AL FATIHAH................

Allah berfirman dalam Al Quran :  " Setiap yang bernyawa akan merasakan mati............."
Surah Al Imran ayat 185

dan firmanNYA lagi  " Dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
Surah Al A'raf ayat 34

Jenazah ibu disemadikan di pusara Bt 6 Bakri Muar

Ibu yang dikasihi telah kembali kerahmatullah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir subuh Ahad 04 April 2010. Alsababnya penyakit tua. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 5 pagi subuh tatkala berusia 82 tahun. Ibu telah lama menghidap sakit kencing manis, darah tinggi dan meninggal dunia dirumah adik di Taman Setapak Indah, KL. Pengurusan jenazah telah selamat disempurnakan oleh AJK surau Al Amin, Taman Setapak Indah dibantu anak, cucu, saudara mara, jiran tetangga,  sahabat handai di KL. Selepas jenazah disembahyangkan disurau Al Amin, jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Muar untuk disemadikan ditanah perkuburan Bakri Batu 6. Jenazah tiba jam 1.15 tgh.

Selepas sembahyang zohor, sembahyang jenazah sekali lagi diadakan. Alhamdullilah ramai yang menyembahyangkannya. Rasanya lebih 40 orang. Syukur alhamdullilah mudah mudahan roh ibu dicucuri Rahmat ALLAH swt.

Pusara ibu (berpayung) di kelompok yang berdekatan dengan
 pusara ayah, datuk dan adik

Kami telah mengadakan bacaan yasin dan tahlil selama 3 malam berturut di rumah Muar dan diikuti dengan majlis serupa ditempat anak anak yang lain di Kl, Pontian , Johor Bahru dan Segamat insyallah.

" Ya ALLAH ampunkan dosa kedua ibubapa kami, luaskanlah kuburnya, terangkanlah kuburnya dan letakanlah mereka berdua bersama-sama  orang-orang yang Soleh." Amin Amin Ya Rabbul 'alamin.......