Saturday, July 24, 2010

Kenduri Jemput Menantu

Sabtu 17 hb Julai 2010, tiba giliran saya untuk mengadakan majlis menjemput menantu di perkarangan rumah di Jalan Nuri, Segamat. Majlis sangat sederhana tetapi agak meriah juga dengan kehadiran sahabat handai, adik beradik, saudara mara, anak-anak dan cucu saudara, jiran tetangga, qariah masjid dan ramai lagi. Majlis bermula lebih kurang jam 11 hinggalah berakhir kira-kira jam 4 petang. Sungguh pun begitu lepas jam 4 masih ada lagi tetamu yang datang.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana majlis telah berjalan dengan lancar dengan cuaca yang sangat baik. Terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada semua tetamu terutama yang jauh kerana sudi meluangkan masa ke Segamat. Juga sahabat yang lama tak jumpa turut hadir memeriahkan lagi majlis. Syukur alhamdullilah. Terima kasih juga kepada jiran tetangga, adik beradik, anak cucu yang telah sama sama membantu sehingga majlis kami berjaya.


  Acara memotong Kek Pengantin
  


                                                             





Pak Hj Mat Gembur datang juga. Terima kasih banyak-banyak.

Jumpa sahabat lama - semua dah pencen



Pekerja sokongan sedang berehat






                  Acara petang itu diakhiri dengan pesta makan durian Segamat dikalangan adik beradik.


Syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dianugerahkan. Amin........

Sunday, July 11, 2010

Jemputan Khenduri

Insyaalah saya akan mengadakan kenduri menjemput menantu dirumah kami di Segamat. Sahabat handai dan saudara mara dijemput hadir bagi memeriahkan majlis kami.






Saya memohon kepada ALLAH swt agar majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH.

Amin ........

Tuesday, July 6, 2010

Aku Terima Nikahnya

Tepat jam 10.00 malam sabtu 3hb Julai 2010 anak kami Azamuddin selamat diijab kabulkan dengan Rafidah Hj Ali di Masjid Al Irsyad Desa Mengkuang Gelang Patah Johor. Majlis pernikahan dijalan secara sederhana tapi meriah. Lebih lebih lagi dengan kehadiran anak-anak, adik beradik, anak saudara, cucu saudara dan sahabat karib. Rombongan kami dengan 10 buah kereta kesemuanya.

Selepas majlis pernikahan, kami disambut dengan kompang ke rumah pengantin perempuan untuk bersanding dan sesi bergambar. Rombongan yang lain menekmati jamuan makan malam. Majlis nikah ini berakhir hampir 12 malam.


Majlis bersanding keesokan harinya Ahad 4hb Julai 2010. Kami berkumpul di Masjid Al Irsyad. Selepas solat zohor kami beramai ramai kerumah pengantin perempuan untuk acara perarakan diiringi dengan paluan kompang dan persembahan pencak silat.



  

Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin......