Sabtu 17 hb Julai 2010, tiba giliran saya untuk mengadakan majlis menjemput menantu di perkarangan rumah di Jalan Nuri, Segamat. Majlis sangat sederhana tetapi agak meriah juga dengan kehadiran sahabat handai, adik beradik, saudara mara, anak-anak dan cucu saudara, jiran tetangga, qariah masjid dan ramai lagi. Majlis bermula lebih kurang jam 11 hinggalah berakhir kira-kira jam 4 petang. Sungguh pun begitu lepas jam 4 masih ada lagi tetamu yang datang.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana majlis telah berjalan dengan lancar dengan cuaca yang sangat baik. Terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada semua tetamu terutama yang jauh kerana sudi meluangkan masa ke Segamat. Juga sahabat yang lama tak jumpa turut hadir memeriahkan lagi majlis. Syukur alhamdullilah. Terima kasih juga kepada jiran tetangga, adik beradik, anak cucu yang telah sama sama membantu sehingga majlis kami berjaya.
Acara memotong Kek Pengantin
Pak Hj Mat Gembur datang juga. Terima kasih banyak-banyak.
Jumpa sahabat lama - semua dah pencen
Pekerja sokongan sedang berehat
Acara petang itu diakhiri dengan pesta makan durian Segamat dikalangan adik beradik.
Syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dianugerahkan. Amin........
salam Tn Hj,
ReplyDeletemaaf tak dapat hadir majlis.ada urusan yang perlu diselesaikan.Syukur majlis berjalan lancar.saya doakan pengantin baru panjang jodoh, murah rezeki dan sentiasa diberkati.amin.. ~hana~