Masjidil Haram
Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah :
1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan ALLAH yang maha Agung dan Maha Mengetahui
segala rahsia hamba-Nya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap ALLAH yang melihat segala gerak-geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.
Semoga dapat kita bersama menghayatinya bagi mengecapi kekhusyukan dan kemanisan beribadah. Amin......
Rujukan : Kitab Indahnya Hidup Bersyariat.
No comments:
Post a Comment