Wednesday, July 13, 2011

Tahlil arwah

Seperti kebiasaannya setiap tahun sebelum kedatangan Ramadan, kami sekeluarga akan berkumpul beramai- ramai dirumah pusaka abah dan emak di Kg Dato Bentara Luar, Muar. Alhamdullillah tahun ini kami telah berpakat dan berbincang untuk mengadakan majlis tahlil arwah sempena dengan hari Hol almahum abah yang ke 13 dan almarhumah emak yang pertama. 

Majlis dimulakan dengan bacaan yasiin, diikuti tahlil dan selepas itu berselawat beramai-ramai. Kami juga menjemput jiran tetanga, saudara mara terdekat dan juga sahabat handai bagi memeriahkan lagi majlis kami. Memandangkan salah seorang adik, Zulkarnain ada hajat untuk mengaqiqahkan anaknya, beliau telah menyumbangkan 2 ekor kambing untuk jamuan nasi beryani gam. Syukur alhamdullillah.















Terima kasih kepada semua adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu yang telah bersama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini. Juga jutaan terima kasih diatas sumbangan ikhlas samaada berbentuk wang ringgit mahu pun barangan. Semoga Allah jua yang membalasnya.

Insya Allah majlis serupa ini akan sentiasa dilaksanakan setiap tahun dan semoga silaturahim dan ukhwah kita sekeluarga akan sentiasa berkekalan. Amin......

Kepada kedua ibubapa dan adik beradik yang telah kembali terlebih dahulu daripada kami disedekahkan Alfatihah..............

No comments:

Post a Comment