Monday, November 14, 2011

Hari Diabetes Sedunia - 14 Nov 2011


Petikan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia :

1. Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun.

2. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup
    dengan diabetes.

3. Keputusan awal survey Kesihatan 2011, menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai 3 juta rakyat
    Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.

4. Masih ramai bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi    
    masih belum diperiksa oleh doktor.

5. Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal. 

6. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko
    komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah
    tinggi.

7. Tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, "Act on Diabetes Now", iaitu "Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang".

8. Faktor-faktor risiko utama diabetes:

    (i) Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes

    (ii) Berlebihan berat badan atau obes ( BMl >23.0k glm2)

    (iii) Menghidap hipertensi

    (iv) Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi

    (v) Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif

    (vi) Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)

9. Dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c" kurang dari 6.5%);

10. Dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum;

11. Satu dari empat pesakit mencapai  sasaran tahap kolesterol yang baik;

12. Hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal.

13. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi 
      mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi,
      septicaemia dan kegagalan buah pinggang.

14. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap
      diabetes perlu mempelajari  dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap
      penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang kurangnya
      30 minit setiap hari.

15. Tanggungjawab melindung dan menjaga kesihatan anda dan keluarga anda terletak ditangan
       anda sendiri.

BERTINDAKLAH SEKARANG


DATO' SRI   HASAN  BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 November 2011

No comments:

Post a Comment