Tuesday, January 31, 2012
Thursday, December 29, 2011
Pemandangan indah di Cameron Highland
Pemandangan indah Ladang Teh di Cameron Highland
Sri Intan - TM Resort Cameron Highland
Distinasi terakhir percutian kami bagi tahun ini ialah Cameron Highland. Perjalanan dengan kereta dari Simpang Pulai Ipoh mengambil masa 2 jam. Sepanjang perjalanan kami mendaki jalan yang bengkang bengkok dalam keadaan hujang renyai dan lebat silih berganti. Sampai di TM Resort Tanah Rata jam 5 petang. Check in dan berehat seketika.
Sekitar Pasar Malam Pekan Brincang dan makan malam
di Medan Selera Tanah Rata.
Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highland
Buah buahan segar, Sayuran dan bunga-bunga yang subur
Replica Buah buahan tempatan di Pekan Tanah Rata
Pemandangan Ladang Strawberry di Kasimanis & Raju Hill - Kea Farm
Taman Rama Rama
Ladang Boh Tea di Sungei Palas
Cuaca sejuk sepanjang hari dengan hujan renyai renyai berterusan dengan berhenti sesekali menghadkan pergerakan kami. Tetapi banyak juga tempat-tempat yang menarik kami lawati. Ladang Strawberry pun kurang berbuah. Insyallah dilain masa nanti mungkin akan ke Cameron Highland lagi tetapi melalui jalan lain melalui Tapah pula.
Jam 1 petang kami bergerak pulang ke Bangi.
Wednesday, December 28, 2011
Khatanthon..............?
Saya dah bersara baru jumpa ...............
Marathon..............Jogathon...........................Cyclethon...........................
semua dah dengar ...................
Khatanthon..................
Agaknya berapa banyaklah ' Anu ' yang kena...... sepanjang program ini dijalankan.
Saya nampak banner ini semasa pergi menghantar anak sahabat saya bernikah di Bandar Sunway minggu lepas.
Semoga semuanya selamat.
Friday, December 16, 2011
Lost World of Tambun - Ipoh
Percutian kali ini di kawasan utara. Saya berempat telah bertolak ke Ipoh dan bersiar-siar persekitaran bandar. Beberapa tempat dilawati sekitar bandar Ipoh. Saya juga berpeluang bertemu sahabat lama yang telah bertahun tidak bersua. Saya ke Kg Tersusun Bt 4 Tambun ke rumah Tn Hj Jumaidi Tapsiron. Alhamdullillah banyak yang dibualkan, maklumlah tak jumpa semenjak tahun 1984 lagi ( tamat kursus 861). Punyalah rancak bersembang sehingga terlupa untuk bergambar bersama-sama keluarganya sebagai kenangan.
Pemandangan di Masjid Sultan Azlan Shah, Stesen Keretapi Ipoh,
Tugu Peringatan Buruh Keretapi Thailand - Burma
dan Hotel Regalodge (Penginapan kami) di Ipoh.
The Lost World Of Tambun. Tapak kawasan lombong bijih timah terbesar diperak.
Sekarang dijadikan Taman Tema Air.
Hot spring & Water park
Lost World Petting Zoo
Tin Valley
Amusement Park
Semoga saya dapat kembali lagi ke Negeri Perak dan meninjau ke lokasi pelancungan yang lain pula. Insya Allah...
Tuesday, November 29, 2011
Usia meningkat lagi
Tahun demi tahun umur akan sentiasa meningkat. Ia tidak akan menurun. Begitulah halnya dengan kami suami isteri. Kami diraikan dalam majlis sederhana makan malam oleh Azah di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Ini disebabkan saya kurang sihat diserang demam selesema.
Makan malam santai saja dirumah dan acara potong kek.
Malam kedua adik (Fadil sekeluarga di Sg Merap) pulak ajak makan ikan bakar di Ana Ikan Bakar Petai. Tempat baru katanya. Menunya ok juga. Boleh cuba lagi. Kelainnya ikan dibakar bersama petai. Terima kasih diucapkan pada Fadil sekeluarga.
Ana Ikan Bakar Petai, B. B Bangi
Malam ketiga Azah ajak pula makan ringan-ringan katanya. Kali ni di Old Timer Kopi diseksyen 9, B.B Bangi. Ok juga menunya sedap. Malam ni makan ringan sebab pada siangnya dah banyak makan nasi baryani dijemputan majlis perkahwinan.
Old Timer Kopi
Alhamdullilah syukur kepada Allah yang telah meminjamkan umur kami setahun lagi. Juga terima kasih pada Azah dan Fadil sekeluarga yang telah meraikan kami. Semoga Allah murahkan rezeki kamu semua Insya Allah.
Amin.............
Tuesday, November 15, 2011
Istana Negara - Baru dan Lama

Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan
dari Menara Kuala Lumpur
Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.
Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.
Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.
Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.
Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
Istana Negara Lama - Dalam kenangan
Sumber dari Kosmo Online.
Monday, November 14, 2011
Hari Diabetes Sedunia - 14 Nov 2011
Petikan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia :
1. Bilangan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes terus meningkat setiap tahun.
2. Pada tahun 2006, dianggarkan kira-kira 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa hidup
dengan diabetes.
3. Keputusan awal survey Kesihatan 2011, menunjukkan bilangan ini kini telah mencapai 3 juta rakyat
Malaysia, hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.
4. Masih ramai bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi tetapi
masih belum diperiksa oleh doktor.
5. Diabetes adalah satu penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awal.
6. Jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal dan risiko
komplikasi diabetes seperti kebutaan, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk adalah
tinggi.
7. Tema Hari Diabetes Sedunia di peringkat global, "Act on Diabetes Now", iaitu "Cegah Diabetes: Bertindaklah Sekarang".
8. Faktor-faktor risiko utama diabetes:
(i) Mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap diabetes
(ii) Berlebihan berat badan atau obes ( BMl >23.0k glm2)
(iii) Menghidap hipertensi
(iv) Mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
(v) Gaya hidup yang sedentari atau tidak aktif
(vi) Bagi wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung (atau gestational diabetes)
9. Dianggarkan kira-kira hanya satu dari lima pesakit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik (keputusan ujian HbA1c" kurang dari 6.5%);
10. Dua dari lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum;
11. Satu dari empat pesakit mencapai sasaran tahap kolesterol yang baik;
12. Hanya satu dari enam pesakit berada di tahap BMI yang ideal.
13. Penghidap diabetes yang mendapatkan rawatan perlu mencapai sasaran kawalan yang baik bagi
mengurangkan risiko kejadian komplikasi akibat diabetes seperti gangrene dan amputasi,
septicaemia dan kegagalan buah pinggang.
14. Selain dari memakan ubat atau menggunakan insulin mengikut nasihat doktor, semua penghidap
diabetes perlu mempelajari dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sesuai mengikut tahap
penyakit yang dihadapi serta mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang kurangnya
30 minit setiap hari.
15. Tanggungjawab melindung dan menjaga kesihatan anda dan keluarga anda terletak ditangan
anda sendiri.
BERTINDAKLAH SEKARANG
DATO' SRI HASAN BIN ABDUL RAHMAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
14 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)