Alhamdullillah saya sekeluarga telah pergi menunaikan umrah selama 16H14M dari 27/05/06 - 11/06/06. Pemergian kami diuruskan oleh Shahid Travel & Tours B/Pahat. Perjalanan pergi/balik dengan Qatar Airline tidak menjemukan. Penerbangan pergi transit satu malam di Doha, Qatar. Masa tu Doha sedang sibuk dengan persiapan untuk jadi host sukan Asia. Pembangunan , ubahsuai bangunan dan kerja mencantikan lanskap bandaraya berjalan rancak.
ke Mekah selepas solat subuh.Asheed & Adnan ikut sekali
Masjidil Haram Mekahtul Mukaramah
Masjid terapong di Jeddah - Laut Merah.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana hajat untuk membawa anak anak menjejaki Tanah Haram dan menziarahi Masjidil Haram Mekah, bersolat, tawaf di Kaabah, beribadah di Raudhah Masjidil Nabawi Madinah, menziarahi makam Rasullah saw dimakbulkan Allah. Amin....
Saya sentiasa berdoa agar saya, isteri dan anak anak dapat menjejakkan kaki tanah haram ini samaada mengerjakan haji atau umrah sekali lagi. Insyallah.........
No comments:
Post a Comment