Sunday, February 21, 2010

Selamat Bertunang





Sessi debat sedang berlangsung

Alhamdullillah, kelmarin Sabtu 20/02/10 berlangsunglah majlis pertunangan anak lelaki sulong saya. Majlis yang sederhana hanya dihadiri adik beradik, ipar duai, anak-anak dan cucu saudara. Tidak ketinggalan rakan karib saya Amer (Geng kamcing) serta isterinya Badariah. Dengan izin Allah majlis berjalan dengan sempurna dan teratur. Syukur alhamdullilah......

Yang turut serta menghantar ke Taman Desa Mengkuang, Gelang Patah ialah adik-adik dari Muar, Nain & Ida anak beranak, Asheed & Adnan suami isteri, anak saudara Rozy & anaknya. Dari JB adik, Hashim & Fadilah suami isteri, Ipar Jamalimah & anaknya, Ipar Azizah & anaknya, dan Ipar Omar & anak anaknya dari Pasir Gudang. Rombongan 8 buah kereta dan jurucakap diketuai oleh tak lain tak bukan abang sulung saya Hj Azhar bekas Pengulu Pontian & kak Jah.

Terima kasih juga pada Hashim yang sudi menjadikan rumahnya di masjid Mominbi Ahmad Angguilia sebagai rumah sanggar dan berihat rihat. Juga tolong menyediakan juadah makan tengahari untuk kita semua. Terima kasih banyak banyak kepada semua adik beradik & anak cucu semoga ALLAH sahaja yang membalasnya.






Bersedia untuk bertolak ke Gelang Patah.














Kyusuk mendengar hujah kedua dua belah pihak.















Kyusuk sangat sampai ada yang nak tertidur










Sessi menyarung cincin pertunangan.














Bersalaman dan cium tangan pulak.....











Sekarang baru boleh makan. Semuanya dah beres.





























Marilah kita mendoakan agar pertunangan mereka berdua berkekalan hinggalah ke jinjang pelamin nanti. Insyallah........

Amin Amin Ya Rabbul 'alamin..........

No comments:

Post a Comment