Allah berfirman dalam Al Quran : " Setiap yang bernyawa akan merasakan mati............."
Surah Al Imran ayat 185
dan firmanNYA lagi " Dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
Surah Al A'raf ayat 34
Jenazah ibu disemadikan di pusara Bt 6 Bakri Muar
Ibu yang dikasihi telah kembali kerahmatullah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir subuh Ahad 04 April 2010. Alsababnya penyakit tua. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 5 pagi subuh tatkala berusia 82 tahun. Ibu telah lama menghidap sakit kencing manis, darah tinggi dan meninggal dunia dirumah adik di Taman Setapak Indah, KL. Pengurusan jenazah telah selamat disempurnakan oleh AJK surau Al Amin, Taman Setapak Indah dibantu anak, cucu, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai di KL. Selepas jenazah disembahyangkan disurau Al Amin, jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Muar untuk disemadikan ditanah perkuburan Bakri Batu 6. Jenazah tiba jam 1.15 tgh.
Selepas sembahyang zohor, sembahyang jenazah sekali lagi diadakan. Alhamdullilah ramai yang menyembahyangkannya. Rasanya lebih 40 orang. Syukur alhamdullilah mudah mudahan roh ibu dicucuri Rahmat ALLAH swt.
Pusara ibu (berpayung) di kelompok yang berdekatan dengan
pusara ayah, datuk dan adik
Kami telah mengadakan bacaan yasin dan tahlil selama 3 malam berturut di rumah Muar dan diikuti dengan majlis serupa ditempat anak anak yang lain di Kl, Pontian , Johor Bahru dan Segamat insyallah.
" Ya ALLAH ampunkan dosa kedua ibubapa kami, luaskanlah kuburnya, terangkanlah kuburnya dan letakanlah mereka berdua bersama-sama orang-orang yang Soleh." Amin Amin Ya Rabbul 'alamin.......
No comments:
Post a Comment