Sunday, May 2, 2010

Majlis Ilmu

Sepanjang bulan April ini, saya telah berkesempatan untuk menghadiri majlis maulid mendengar ceramah agama.

1. Di Masjid Bukit Siput - Penceramahnya Sahibulsamahah Ustaz Abu Hassan Din Alhafiz. Sedikit ilmu yang
    dapat saya perolehi ialah ada empat situasi salam yang tidak perlu dijawab.
1.1 Salam dalam sembahyang berjemaah.
      Selepas tahiat akhir imam memberi salam dan tidak wajib makmum menjawab salam
1.2 Yakin yang memberi salam itu bukan orang islam.
      Orang cina (yang kita pasti dianya bukan Islam) beri salam.
1.3 Bercakap dahulu baru memberi salam.
      Ini selalu berlaku. Juruacara majlis, orang politik dan ramai lagi memulakan ucapanya dengan
      menyebut nama VIP dan orang kenamaan berjela-jela, lepas tu baru beri salam. Ini tak payah
      jawab.
1.4 Salam yang dipermain-mainkan.
       Budak budak nakal jumpa perempuan muda, nak ngurat beri salam meleweh-leweh lepas tu   
       cakap tak jawab dosa.... Salam ni pun tak perlu jawab.

2. Taman Nuri Kg Jawa - Penceramah Al Ustaz Tn Hj Omar Abdullah. Ilmu yang perlu dikongsi bersama ialah dalam mengikut sunnah nabi seperti ibadahnya, budi pekertinya, adabnya, perlakuan seharianya , kehidupan berkeluarga dan banyak lagi. Jika tidak dapat melakukan semua tetapi jangan tinggalkan semua. Juga ditekankan tentang "Pengurusan Malam." terutama bagi mereka yang usianya diambang senja. Banyakkan sembahyang malam dan munajat kehadapan ALLAH swt. Nabi juga tidak pernah meninggalkan sembahyang WITIR dan DHUHA.  

Semoga kita muhasabah diri sendiri terutama saya sendiri. Ampunkan aku ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment