Sekarang kita berada pada hari yang ke 8 dalam bulan Rejab. Ramai yang sedang berpuasa samaada hari Isnin dan Khamis, ada yang berpuasa 3 hari setiap bulan (Rejab & Syaaban) dan ada yang terus berpuasa sehingga menjelang Syawal dan hanya berhenti pada hari-hari di haramkan berpuasa sahaja. Semoga ALLAH memberkati mereka mereka ini.
Zikir harian ini saya terima dari seorang jiran yang kami semua panggil dia " Opah ". Beliau adalah Hjh Zainab Binti Hassan, bekas Guru Penolong Kanan. Opah telah lama bersara dan umurnya menjangkau 78 tahun lebih kurang.
Terima kasih banyak banyak. Semoga zikir ini dapat diamalkan selain ibadah-ibadah lain sepanjang hari, sementelah kita akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Moga moga kita semua dapat mempertingkatkan lagi ketaqwaan kepada ALLAH swt......Amin
Asalamualaikum..
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi zikir harian ini.. Mohon share di blog sya...