Isnin ini 21/06/10 berakhirlah cuti sekolah. Semua anak-anak akan meneruskan aktiviti persekolahan seperti biasa. Dua minggu yang lepas, semasa cuti seperti biasa musim orang buat kenduri kawin. Saya sendiri menerima lebih kurang sedozen kad " saman". Ada dari sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, jemaah masjid dan juga adik beradik. Banyak jemputan yang tidak dapat dipenuhi kerana semua tertumpu pada hari yang sama. Berebut rebut buat pada hari sabtu dan ahad. Sepanjang cuti sekolah cuma ada 2 kali sabtu dan 2 kali ahad. Bayangkan semua 12 jemputan hendak dihadiri...........
Saya hanya dapat menghadiri lebih kurang 5 jemputan sahaja setelah dibuat "priority".
1. Batu 16 Air Hitam Muar rumah sepupu Ahmad Malik
2. Kg Simpang Lima rumah sahabat ( bekas staf Switching BP) Aziz Satar
3. Dewan Kg Jawa jemputan Hj Kasran Ahmad , jemaah masjid
4. Kg Dato Abu Bakar Baginda Kajang rumah abang ipar Hj Idris Abu Bakar. Majlis nikah dirumahnya dan resepsi di Dewan bangqet , Lebuh Silikon, UPM Serdang.
5. Tasik Titiwangsa KL jemputan sepupu sebelah isteri Ibrahim Atan.

Majlis akan nikah di rumah - Kg Dato Abu Bakar Baginda , Kajang
Dewan Bangqet UPM Serdang
Saudara mara menjamu selera sebelum kedatangan tetamu
Pengantin berarak didahulu taburan bunga oleh anak-anak manis
Makan berdamai atau makan beradat
Keluarga saya bergambar kenangan diatas pelamin
Makan malam di Taman Tasek Titiwangsa KL
Perarakan pengantin tiba
Pengantin berjalan perlahan ke Pelamin
Persandingan kedua mempelai
Semoga ALLAH kekalkan jodoh mereka hingga keakhir hayat......Amin.................
No comments:
Post a Comment