Sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH swt, kerana dengan keizinanNya, anak sulong kami Noor Azalina telah tamat dalam pengajiannya di UM dan dianugerahkan Master of Engineering (Telecomunication) pada Selasa 03/08/2010. Majlis berlangsung di Dewan Tunku Canselor dan penganugerahan disempurnakan oleh Tuanku Pro-Canselor DYTM Raja Muda Perak Darul Redzuan RAJA DR. NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.
Hari bersejarah ini disambut dengan penuh kegembiraan kami sekeluarga. Sebagai bapa saya sentiasa mendoakan kejayaan yang diperolehi dan berharap peningkatan dalam kerjaya dengan prestasi yang cemerlang. Sekarang ini Azah sedang bertugas sebagai Pengurus di TM Ibupejabat, Jalan Pantai Baru KL.
Bersyukur diatas anugerah yang dikurniakan ALLAH ini. Amin........
Assalamulaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
ReplyDeleteTahniah Tuan Haji, ada juga anak yang ikut jejak ayahnya. Terasa bahagia bila anak-anak berjaya dalam pengajiannya.
Selamat menyambut Ramadhanal Mubarak, mohon maaf jua atas segala salah silap selama ini.
Selamat berpuasa.