Tuesday, June 14, 2011

Nabawan

Pada cuti sekolah yang lepas saya sekali lagi berpeluang ke Sabah. Tetapi kali ini untuk menziarahi anak saya Izwan yang berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Nabawan/Pensiangan, di dalam pentadbiran Kawasan Pendalaman.

Daerah ini sangat jauh dari pusat Kotaraya Kota Kinabalu. Perjalanan melalui jalanraya sejauh 195 KM mengambil masa lebih kurang  4 jam. Keadaan jalan berliku-liku dan mendaki kawasan tinggi banjaran Crocker. Kawasan pendakian berterusan sejauh 30 KM.

Daerah ini adalah yang termiskin dan mundur sekali diantara daerah-daerah di Sabah. Tidak banyak pembangunan yang kelihatan kecuali bangunan pejabat kerajaan sahaja. Pecahan penduduk adalah 87% Murut dan 13% lain-lain bangsa (Kadazan cina, Melayu,lain-lain).






Gambar-gambar di Kompleks Pejabat Kesihatan Nabawan/Pensiangan








Gambar-gambar disekitar Pekan Nabawan
















Gambar-gambar disekitar kawasan kampung










 Rumah sewa Izwan

Semoga Izwan dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin dalam keadaan yang serba kekurangan ini.

Insya Allah.

1 comment:

  1. Assalammualikum tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan, em dmna kh izwan mendapat rumah sewa ini? Kerana saya juga ingin mencari rumah sewa di kawasan nabawan. Harap tuan dapat membantu saya.

    ReplyDelete