Friday, December 3, 2010

Qurban 1431H Jalan Nuri

Allah berfirman dalam surah Al Haj ayat 37:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٣٧)


   
Mahfumnya :

        "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai 
         kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan
         takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu
         supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan
         sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada
         orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".


Sebagaimana dirancang, Badan Kebajikan Islam Jalan Nuri, Taman Nuri,  Segamat telah mengadakan ibadah qurban pada 18 Nov 2010 sebanyak 2 ekor lembu. Isteri saya telah menyertai qurban ini untuk 1/7 bahagian. Semuanya berjalan dengan lancar dan pengagihan daging kesemuanya siap sebelum waktu zohor. Kerjasama semua warga Jalan Nuri adalah sangat membanggakan dan diucapkan terima kasih.




































Semoga ibadah qurban dapat dilaksanakan setiap tahun dan bersama sama kita memahami dan menghayati ibadah ini dengan sebaik mungkin.

Amin...........

Thursday, December 2, 2010

2 dalam 1



Tanggal 16hb Nov 2010 bersamaan 9 Zulhijah  1341 rupa rupanya genaplah  umur saya 57 tahun. Hari itu juga umat islam masih lagi berada di Arafah dan ada sebahgiannya telah mula mabit ke Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar jamrah. Ditanah air kedengaran takbir hari raya berkemundang diudara dari Masjid dan surau-surau selepas solat Maghrib. Ini adalah malam hari raya Qurban.

Anak anak mengambil kesempatan untuk meraikan  saya pada malam ini tanpa dirancang. Suprise kata mereka. Jamuan makan malam dirumah disertakan dengan potong kek hari lahir. Walau sederhana dan secara kecil-kecilan tetapi amat bermakna bagi saya. Terima kasih anak anak semua.


Bacaan doa selamat dan kesyukuran


Dah tua tua disuruh potong kek Birthday


Bertakbir Hari Raya dari rumah ke rumah pada malam raya.
 Ini giliran rumah saya.


Menjamu selera selepas bertakbir secara ala kadar saja


Bergambar kenangan sebelum ke Masjid untuk Solat Eidul Adha  keesokan harinya.


Bersiap sedia untuk ke Masjid - Posing sakan


Saya memanjatkan kesyukuran diatas nikmat ALLAH ini dan sangat berterima kasih pada isteri dan anak anak yang telah menyediakan jamuan, hadiah kek dan juga telah memberi hadiah harijadi yang lain kepada saya pada tahun ini.

Abah doakan semua anak anak murah rezeki, berjaya dalam kerjaya masing masing dan sentiasa dalam sihat walafiat.  Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH subhanahu wata'allaa. Amin amin........


Saturday, November 13, 2010

Banjir lagi


Gambar hiasan - Bandar Kangar di tengelami air

 Negara kita ditimpa musibah lagi tahun ini. Banjir besar melanda utara Malaysia, iaitu Kedah dan Perlis di penghujung Oktober 2010 yang lalu. maklumat dari media arus perdana mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada banjir pada tahun 2005 yang melanda kedah. Hujan lebat berterusan  beberapa hari  mengakibatkan banjir besar ini. Boleh dikatakan keseluruhan bandar kangar dan Alor Star ditengelami air. Perasaan cemas dan takut dirasai semua mangsa banjir. Ada juga diberitakan kematian telah berlaku semasa banjir ini. Bantuan diterima lambat dan ada tempat terpencil tidak terima terus. Semua menunding jari menyalahkan itu dan ini. Ingatlah ini semua adalah ujian ALLAH.

Sekarang banjir semangkin pulih dan mangsa banjir telah mula pulang kerumah masing-masing untuk membasuh rumah yang kotor dan penuh dengan tanah selut. Kepenatan, kerugian dan kemusnahan alat perabut dan kehilangan dokumen penting barulah dirasai dan kesali.

Semua ini telah saya alami dan rasai semasa banjir besar melanda Johor pada Disember 2006 yang lalu. Peristiwa ini memang sentiasa teringat apabila menjelang musim tengkujuh tahun mendatang dan apabila hujan lebat berterusan beberapa hari tanpa henti. Dah jadi phobia.........

Disertakan gambar rumah saya di Segamat yang dilanda banjir besar dulu. Gambar gambar ini boleh menerangkan keadaan yang sebenarnya.......
 
 














Walaupun telah lama berlalu, peristiwa sedih ini tetap berada diingatan. Semoga ALLAH jauhkan perkara ini berulang lagi.

Thursday, September 23, 2010

Eid Mubarak


Suasana di malam Raya

Saya mendapat tahu, dalam bahasa Arab, Eid Mubarak ertinya perayaan yang diberkati atau mengikut pengertian lengkapnya bermakna, moga-moga anda bergembira pada hari perayaan yang diberkati ini.

Idilfitri tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan. Perayaan bermula menjelang berbuka puasa akhir ramadan lagi. Juadah berbuka puasa adalah juadah hari raya. Selepas solat Isyak kami anak beranak bertakbir, tahmid dan seterusnya bertahlil arwah untuk kedua-dua ibubapa dan adik beradik yang telah kembali ke Rahmatullah.

Gambar kenangan sekeluarga pada pagi Raya  Pertama  

Juadah di Pagi Raya

Macam biasa pada hari raya kedua kami akan berkumpul adik beradik dirumah pusaka abah dan mak di Muar. Ini adalah tahun pertama sambutan hari raya tanpa ibu yang dikasihi. Sebelah paginya menerima kunjungan kumpulan marhaban Kg Dato Bentara luar dan selepas asar kami adakan majlis membaca yasin dan tahlil anak beranak saja. Alhamdullillah ramai adik beradik yang menyertainya tahun ini.  Pada esok paginya kami beramai-ramai untuk ziarah kubur ayahanda bonda yang dikasihi.

Bersembang selepas Majlis Tahlil

Menunggu juadah disediakan selepas Majlis Tahlil
Juadah Marhaban dan Majlis Yasin & Tahlil
 ( Mee Hoon Goreng, Ayamgoreng berempah & Teh Tarik )
Bergambar dengan anak-anak saudara selepas sessi
pemberian duit raya
Pak Ucu Halim dari Lembah Kinrara Pucung pun ada bersama beraya
 dirumah Ashid di Taman Mas Parit Setongkat Muar.


Kami telah bertolak ke Bandar Baru Bangi pada selasa 15/09/10 untuk berziarah kerumah saudara mara di Selangor dan Lembah Kelang. Saya juga menziarah ke kubur kedua ibubapa mertua di Perkuburan Islam UPM di Serdang.

Bergambar  kenangan Pak Ucu Halim dirumahnya
di Lembah Kinrara Pucung Jaya.

Dua keluarga dalam kenangan . Keluarga Segamat dan Pucung Jaya

Beraya ke rumah Adin/Ita di Persint 9 Putrajaya


Sebelum balik bersiar seketika ke Putrajaya

Solat maghrib di Masjid Sultan Mizan Putrajaya (Masjid Besi)

Air Pancutan ditingkat 1 disebelah ruang solat masjid Sultan Mizan

Azizah anak beranak beraya ke Segamat seminggu awal pada 18/09/10.

Adnan, ashid, Fadil & anak anaksaudara menjamu selera

Juadah jamuan hari raya pada 25/09/10 di Segamat menyambut kedatangan
adik beradik, anak saudara, sahabat handaidan jiran jiran



Semoga kita akan dipanjangkan umur dan berjumpa lagi Ramadan dan suasana hari Raya sebegini ditahun tahun yang akan datang. Amin.........Insyallah.

Friday, September 10, 2010

IMAM LUPA TAKBIR RAYA



Sembahyang Hari Raya hanya dilakukan 2 kali sahaja setahun. Sering kita bertemu situasi imam terlupa membaca takbir 7 kali selepas takbiratulihram pada rakaat pertama. Juga adakalanya imam terlupa juga membaca takbir 5 kali pada rakaat kedua. Dalam keadaan sebegini bilal menyeru "Subhanallah..." untuk memgingatkan imam dan adakala makmum - makmum yang lain yang sangat prihatin sama sama untuk mengingatkan imam sehinggakan bersenaung sebutan "Subhanallah..." kedengaran dalam masjid.

Semoga ceramah Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah Bebas ini dapat  memberi penjelasan dan mengelakan kekeliruan yang boleh mengundang perbalahan sesama sendiri.

Waallahualam.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI










Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini, semoga semua ibadah yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini diberkati dan diterima ALLAH swt. Semoga kita dipanjangkan umur dan dapat berjumpa lagi dibulan Ramadan tahun tahun hadapan Insyallah....

Amin Amin....

NB: Lagu hari raya ehsan dari Blog Idris Talu.