Thursday, December 2, 2010

2 dalam 1



Tanggal 16hb Nov 2010 bersamaan 9 Zulhijah  1341 rupa rupanya genaplah  umur saya 57 tahun. Hari itu juga umat islam masih lagi berada di Arafah dan ada sebahgiannya telah mula mabit ke Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar jamrah. Ditanah air kedengaran takbir hari raya berkemundang diudara dari Masjid dan surau-surau selepas solat Maghrib. Ini adalah malam hari raya Qurban.

Anak anak mengambil kesempatan untuk meraikan  saya pada malam ini tanpa dirancang. Suprise kata mereka. Jamuan makan malam dirumah disertakan dengan potong kek hari lahir. Walau sederhana dan secara kecil-kecilan tetapi amat bermakna bagi saya. Terima kasih anak anak semua.


Bacaan doa selamat dan kesyukuran


Dah tua tua disuruh potong kek Birthday


Bertakbir Hari Raya dari rumah ke rumah pada malam raya.
 Ini giliran rumah saya.


Menjamu selera selepas bertakbir secara ala kadar saja


Bergambar kenangan sebelum ke Masjid untuk Solat Eidul Adha  keesokan harinya.


Bersiap sedia untuk ke Masjid - Posing sakan


Saya memanjatkan kesyukuran diatas nikmat ALLAH ini dan sangat berterima kasih pada isteri dan anak anak yang telah menyediakan jamuan, hadiah kek dan juga telah memberi hadiah harijadi yang lain kepada saya pada tahun ini.

Abah doakan semua anak anak murah rezeki, berjaya dalam kerjaya masing masing dan sentiasa dalam sihat walafiat.  Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH subhanahu wata'allaa. Amin amin........


2 comments:

  1. happy belated birthday boss..
    kami geng2 soma mintak ampun sangat2 sebab terlupa nak wish.
    kalau hj ade kat sini, .esti kiteorang makan besar that day.hehe.. kFc ke..pizza ke...soto timah sari ke..hehehehe

    ReplyDelete
  2. TK ana. Lupe sikit sikit tak ape. Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah 2 tahun saya bersara. Almaklum le boleh lupe, dah lama. Tapi jangan pulak pejam celik pejam tak celik celik.........ha...

    Ingat tu nak jamu awak semua juga, tapi caranya saya fikirkan dulu...........

    ReplyDelete