Bulan lepas balik dari sembahyang jumaat, Azah terus memberitahu agar bersiap untuk ke Melaka bersiar-siar dan lepas tu ke Umbai makan ikan bakar. Sejak bersara Nov 2008, saya belum ke Melaka lagi kerana tiada apa apa yang perlu diuruskan disana. Masa kerja dulu boleh dikatakan setiap bulan ada saja urusan di Melaka. Mesyuarat, kursus, seminar, bengkel, odit ISO dan macam macam lagi.
Ikutkan hati macam malas, kerana lepas solat jumaat tidur sekejap bagus juga. Tapi ingatkan pekena ikan bakar kat Umbai gagahkan juga. Kami berempat, saya, isteri, azah dan syukri bertolak dari rumah jam 3 petang.
Dah lama tak pergi Melaka. Banyak perubahan ketara di Bandar Bersejarah ini. Lepas bayar tol dah mula "jammed". Sepanjang jalan Lebuh Air Keroh banyak lokasi pelancungan yang menarik. Memang cantik, tak macam pergi JB tak ada apa apa. Balik balik D-bay (Danga Bay).
Banyak juga tempat dilawati bermula ke Bandar Hilir
1. Menara Taming Sari. Menara berputar setinggi 110 meter dan berpusing 360 darjah.
2. Underground Shopping Mall dibawah padang Pahlawan ( dulu tahun 80an tempat ini padang rumput biasa dan deretan gerai makan dengan harganya sembelih orang........mahal).
3. Tak ketinggalan pergi juga ke Jusco terbesar di Asia. Penat juga berjalan tengok barang. Tak dapat satu apa pun yang dihajati. Mahal tunggu ada "Jusco sale" nanti, menurut kata salesgirl disitu.
4. Menyusur sungai dari Taman Rempah ke Bandar Hilir - Melaka River Cruise. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Pemandangan waktu malam sangat cantik. Sungai yang dulunya kotor boleh bersih dan cantik.
Lawatan ke Melaka diakhiri dengan pergi ke Umbai makan ikan bakar. Seronok juga kalau dapat kesini selalu. Sampai rumah jam 1 pagi.
Menara Taming sari
Pemandangan dari atas Menara
Pemandangan diwaktu malam
Berehat di Underground Shopping Mall di Padang Pahlawan
Melaka River Cruise - Hentian Hang Jebat Taman Rempah
Pemandangan di sepanjang Sungai Melaka.
Masjid terapong - Masjid Pulau Selat
Makan ikan bakar, ketam, sotong di Umbai
Alhamdullilah...Saya bersyukur keatas nikmat yang telah dianugerahkan oleh ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment