Saturday, July 24, 2010

Kenduri Jemput Menantu

Sabtu 17 hb Julai 2010, tiba giliran saya untuk mengadakan majlis menjemput menantu di perkarangan rumah di Jalan Nuri, Segamat. Majlis sangat sederhana tetapi agak meriah juga dengan kehadiran sahabat handai, adik beradik, saudara mara, anak-anak dan cucu saudara, jiran tetangga, qariah masjid dan ramai lagi. Majlis bermula lebih kurang jam 11 hinggalah berakhir kira-kira jam 4 petang. Sungguh pun begitu lepas jam 4 masih ada lagi tetamu yang datang.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi, kerana majlis telah berjalan dengan lancar dengan cuaca yang sangat baik. Terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada semua tetamu terutama yang jauh kerana sudi meluangkan masa ke Segamat. Juga sahabat yang lama tak jumpa turut hadir memeriahkan lagi majlis. Syukur alhamdullilah. Terima kasih juga kepada jiran tetangga, adik beradik, anak cucu yang telah sama sama membantu sehingga majlis kami berjaya.


  Acara memotong Kek Pengantin
  


                                                             





Pak Hj Mat Gembur datang juga. Terima kasih banyak-banyak.

Jumpa sahabat lama - semua dah pencen



Pekerja sokongan sedang berehat






                  Acara petang itu diakhiri dengan pesta makan durian Segamat dikalangan adik beradik.


Syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dianugerahkan. Amin........

Sunday, July 11, 2010

Jemputan Khenduri

Insyaalah saya akan mengadakan kenduri menjemput menantu dirumah kami di Segamat. Sahabat handai dan saudara mara dijemput hadir bagi memeriahkan majlis kami.






Saya memohon kepada ALLAH swt agar majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH.

Amin ........

Tuesday, July 6, 2010

Aku Terima Nikahnya

Tepat jam 10.00 malam sabtu 3hb Julai 2010 anak kami Azamuddin selamat diijab kabulkan dengan Rafidah Hj Ali di Masjid Al Irsyad Desa Mengkuang Gelang Patah Johor. Majlis pernikahan dijalan secara sederhana tapi meriah. Lebih lebih lagi dengan kehadiran anak-anak, adik beradik, anak saudara, cucu saudara dan sahabat karib. Rombongan kami dengan 10 buah kereta kesemuanya.

Selepas majlis pernikahan, kami disambut dengan kompang ke rumah pengantin perempuan untuk bersanding dan sesi bergambar. Rombongan yang lain menekmati jamuan makan malam. Majlis nikah ini berakhir hampir 12 malam.


Majlis bersanding keesokan harinya Ahad 4hb Julai 2010. Kami berkumpul di Masjid Al Irsyad. Selepas solat zohor kami beramai ramai kerumah pengantin perempuan untuk acara perarakan diiringi dengan paluan kompang dan persembahan pencak silat.



  

Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin...... 

Monday, June 21, 2010

Bulan Rejab

Sekarang kita berada pada hari yang ke 8 dalam bulan Rejab. Ramai yang sedang berpuasa samaada hari Isnin dan Khamis, ada yang berpuasa 3 hari setiap bulan (Rejab & Syaaban)  dan ada yang terus berpuasa sehingga menjelang Syawal dan hanya berhenti pada hari-hari di haramkan berpuasa sahaja. Semoga ALLAH memberkati mereka mereka ini.


Zikir harian ini saya terima dari seorang jiran yang kami semua panggil dia " Opah ". Beliau adalah Hjh Zainab Binti Hassan, bekas Guru Penolong Kanan. Opah telah lama bersara dan umurnya menjangkau 78 tahun lebih kurang.

Terima kasih banyak banyak. Semoga zikir ini dapat diamalkan selain ibadah-ibadah lain sepanjang hari, sementelah kita akan menyambut Ramadan tidak lama lagi. Moga moga kita semua dapat mempertingkatkan lagi ketaqwaan kepada ALLAH swt......Amin

Sunday, June 20, 2010

Cuti Sekolah - musim kenduri kahwin

Isnin ini 21/06/10 berakhirlah cuti sekolah. Semua anak-anak akan meneruskan aktiviti persekolahan seperti biasa. Dua minggu yang lepas, semasa cuti seperti biasa musim orang buat kenduri kawin. Saya sendiri menerima lebih kurang sedozen kad " saman". Ada dari sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, jemaah masjid dan juga adik beradik. Banyak jemputan yang tidak dapat dipenuhi kerana semua tertumpu pada hari yang sama. Berebut rebut buat pada hari sabtu dan ahad. Sepanjang cuti sekolah cuma ada 2 kali sabtu dan 2 kali ahad. Bayangkan semua 12 jemputan hendak dihadiri...........

Saya hanya dapat menghadiri lebih kurang 5 jemputan sahaja setelah dibuat "priority".

1. Batu 16 Air Hitam Muar rumah sepupu Ahmad Malik
2. Kg Simpang Lima rumah sahabat ( bekas staf Switching BP) Aziz Satar
3. Dewan Kg Jawa jemputan Hj Kasran Ahmad , jemaah masjid
4. Kg Dato Abu Bakar Baginda Kajang rumah abang ipar Hj Idris Abu Bakar. Majlis nikah dirumahnya dan resepsi di Dewan bangqet , Lebuh Silikon, UPM Serdang.
5. Tasik Titiwangsa KL jemputan sepupu sebelah isteri Ibrahim Atan.

Majlis akan nikah di rumah - Kg Dato Abu Bakar Baginda , Kajang

Dewan Bangqet UPM Serdang

Saudara mara menjamu selera sebelum kedatangan tetamu

Pengantin berarak didahulu taburan bunga oleh anak-anak manis

Makan berdamai atau makan beradat

Keluarga saya bergambar kenangan diatas pelamin

Makan malam di Taman Tasek Titiwangsa KL

Perarakan pengantin tiba

Pengantin berjalan perlahan ke Pelamin

Persandingan kedua mempelai


Semoga ALLAH kekalkan jodoh mereka hingga keakhir hayat......Amin.................