Dalam program JMDK kami juga ditawarkan untuk menerima hadiah cenderahati berupa jam tangan, loket emas, handphone, camera dan banyak lagi. Disamping itu jika tidak mahu cenderahati kami boleh memileh tawaran untuk pergi melancong dalam dan juga luar negeri ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya dan isteri tidak teragak agak memileh untuk melancung ke Bandung.
Untuk makluman, sebelum ini kami juga telah dibawa ke Langkawi 4H3M untuk acara Seminar Persediaan Pesaraan. Disini selain berseminar kami juga dibawa ke lokasi pelancungan terkenal dan masyur. Ada juga sessi membeli belah disebelah petang. Makan malam yang menyelerakan dengan malam akhir hidangan BBQ.
24/07/08 jam 0900 pagi kami checkout hotel selepas majlis makan malam dan anugerah sijil persaraan. Kami berkumpul dilobi meneruskan perjalanan ke LCCT Sepang untuk flight Airasia ke Jakarta jam 1210. Penerbangan lebihkurang 2 jam sahaja tapi dari Jakarta ke Bandung dengan bas mengambil masa 5 jam. Sebabnya "macet" kata pandu pelancung. ( macet tu jammed teruk adakala tidak bergerak langsung).
Keseluruhannya 3H2M diBandung amat menyeronokan terutama para isteri kami semua. Bandung ni banyak tempat shopping. Orang perempuan suka lah..... Disamping itu kami juga dibawa ke kawasan gunung berapi yang masih hidup lagi....
Makan malam di Restoran Dapur Sangkuriang
Hotel tempat penginapan sepanjang di Bandung
Gunung Berapi di Tangkupan Perahu
Gunung Berapi ini bahang panasnya masih terasa
Jakarta International Airport - Bersedia untuk balik ke Kuala Lumpur.
Alhamdullilah syukur ke hadrat ALLAH diatas anugerah yang diterima ini. Program JMDK patut diteruskan bagi mengenang jasa dan perkhidmatan anggota TM yang akan bersara ditahun tahun yang akan datang.
Syabas TM...........
No comments:
Post a Comment