Saya masih teringat hari pertama bertugas di Jabatan Telekom (JTM) JB pada 01/01/72. Selepas itu ditukarkan kebeberapa unit dan daerah. Tahun demi tahun, berbagai pengalaman suka duka, pahit manis peristiwa dilalui dan juga dengan beberapa kali struktur organanisasi ditukar tapi saya masih taat dan setia bertugas. Polisi kerajaan juga bertukar dengan pengswastaan JTM ke STM pada 1987. Bertitik tolak disinilah bermula perubahan dari STM ke TMB, sehinggalah kini dikenalikan sebagai TM, saya terus berkhidmat dengan tabahnya dari seorang Juruteknik percubaan dengan gaji bulanan RM 230.00 hinggalah saya dinaikan pangkat eksekutif dengan gelaran Penolong Pengurus. Syukur kepada ALLAH swt atas segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada saya sekeluarga.
Setiap permulaan ada akhirnya, ibarat melayarkan bahtera dilautan setelah menempoh gelora dan ombak akhirnya sampai juga ke pelabuhan dengan selamatnya. Begitulah saya setelah berkhidmat selama 36 tahun 10 bulan 15 hari maka pada hari kelahiran saya ke 55 jatuh pada Ahad 16/11/2008 bermulalah hari persaraan saya dengan TM. Selamat tinggal TM.....Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada TM yang telah memberikan pengalaman bekerja yang amat berharga kepada saya dan juga setiap peluang kenaikan pangkat yang ditawarkan, saya telah memperolehi dengan bangganya. Allhamdulillah.....
TM telah mengadakan Program Jasamu Dikenang bagi meraikan kami pesara pesara TM beserta isteri atau suami masing masing. Pada tahun 2008 lebih kurang 800 anggota bersara wajib termasuklah juga pegawai pengurusanan kanan TM. Kami diraikan dalam satu majlis di PWTC dari 22 - 24 Julai 2008. Semua pesara dari selatan tanahair ditempatkan di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, KL. 3H2M diraikan disini sungguh menyeronokan. Setiap hari dan malam program diatur padat. Jamuan makan tengahari dan malam sunguh lazat dan menyelerakan. Persembahan kebudayaan, tarian, nyanyian, lawak jenaka menyeronokan. Ada sessi pertandingan nyanyian karoke lagi diantara persara. Hebat juga program diatur......... Sessi penggambilan sijil persaraan dibuat dua sessi. Sessi pagi 23/7/08 sijil diterima dari :
1. Berkhidmat bawah 30 tahun dari Dato Adnan Rofiee, COO TM Retail.
2. Berkhidmat 30 - 35 tahun dari Dato Bazlan Osman, GCFO TM.
Sessi sebelah malam untuk penerima :
1. Berkhidmat 35 - 36 tahun dari Dato Zamzamzairani Mohd Isa, GCEO TM.
2. Berkhidmat melebehi 36 tahun keatas dari Tan Sri Dato Ir Md Radzi Mansor, Pengerusi TM.
Saya terima sijil dari Tan Sri kerana berkhidmat lebihkurang 37 tahun.
Alhamdullilah.
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteRasanya saya tidak salah orang kut? Bila tengok gambor memang tak berapa nak cam sebab "alignment" badan sudah banyak berubah - (saya dan Tuan Haji).
Coba tengok gambor ini kat blog saya:- http://idristalu.blogspot.com/2009/08/hanafiah-tahir-kawan-lama.html
Kalau betul orangnya - bersambung balik sahabat lama.
Idris Ismail
http://idristalu.blogspot.com/
Dah tak syak lagi. Itulah orangnya. Tapi haji Ismail kita hansem lagi kot.
ReplyDelete