Tarikh meninggal kedua ibu bapa mertua saya:
1. Al Marhum Hj Abu Bakar Mohd Said - Ahad 02/10/94 bersamaan 26 Rabiulakhir 1415 H.
2. Al Marhumah Hjh Meriam Mohd Dom - Ahad 04/02/01 bersamaan 10 Zulkeadah 1421 H.
Khas atas roh mereka dihadiahkan ALFATIHAH..................
Memandangkan kita masih berada didalam suasana bulan maulidurasul, saya mencadangkan agar ditambah acara berselawat selepas membaca surah Yasin dan tahlil. Alhamdullillah cadangan diterima. Tahlil disini ringkas saja dan lepas itu terus bangun berselawat tanpa membaca berzanji. Tapi kira OKlah janji berselawat. Majlis telah diadakan dirumah adik isteri yang bungsu Norlia dan suami Rosli di Taman Universiti Indah. Jemputan adalah dikalangan jiran terdekatnya dan jemaah surau Tmn Universiti Indah. Semuanya berjalan dengan lancar dan makanan nasi baryani pun sedap.
Para hadirin berdiri untuk berselawat
Selawat dipimpin oleh Imam surau Taman Universiti Indah
Kaum kerabat dan sanak saudara turut berselawat
Jamuan nasi baryani secara buffet
Giliran kaum ibu makan pulak.....
Alhamdullilah semuanya dah selamat.............AMIN
Ala...apsal gambo along tadek ni...
ReplyDeletephotographer sabotaj ni..hihi