Setelah bersara, saya telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Johor Cawangan Segamat (PPKMCS). Untuk memudahkan urusan pendtabiran saya telah membayar RM50.00 untuk menjadi ahli seumur hidup. Banyak aktiviti aktiviti yang dilaksanakan kebanyakannya menjurus kepada program amal ibadat, kebajikan, kesihatan, pakej umrah serta ziarah dan pelancungan.
Pada 7 - 9 Mac 2009 saya telah turut serta dalam program melanjong ke Tg Balai Karimun anjuran PPKM Segamat. Perjalanan dengan Feri dari Kukup Pontian mengambil masa 2 jam sahaja. Ferinya OK macam pergi Langkawi juga. Bandarnya tak macam bandar, pekan saja macam belum maju lagi tapi kira ok laah..... Satu hari pusing dah habis tengok semua. Kecik aje........Tapi macam biasalah barang barang membeli belah untuk orang perempuan memang banyak. Happylah dia orang berbelanja sakan .......
Kenderaan ini sahaja yang ada untuk membawa kami bersiar siar
Makan t/hari semasa sampai di Tg Balai Karimun
Masjid Agong Tg Balai Karimun
Pemandangan di Pantai Perkelahan di Tg Balai Karimun
Pemandangan malam disebuah Restoran Tg Balai Karimun.
Restoran masakan Melayu - Pondok Otek, Lubuk Semut, Tg Balai Karimun
Bersedia untuk berangkat balik di Terminal Feri Tg Balai Karimun
Dalam lawatan kali ini, sungguhpun kurang tempat tempat menarik tetapi saya tetap berpuashati kerana dapat berkenalan dengan rakan rakan baru dari kalangan pesara pesara kakitangan kerajaan di Segamat beserta keluarga masing masing. Wasalaam.....
dekat tanjung balai pun dapat TV3?? hehehe
ReplyDelete