Almarhumah ibu yang dikasihi
Adakah kita pernah diuji didalam kehidupan yang kita lalui untuk mempertahankan seorang yang kita kasihi dan cintai? Pernahkah kita melalui suatu pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan diri kita? Pernahkah kita merasai betapa nikmatnya apabila kita dapat melakukkan sesuatu yang mungkin dirasakan sukar oleh orang lain tetapi begitu mudah buat diri kita kerana kita benar-benar mencintainya. Ibu pengorbanan yang telah engkau lakukan adalah suatu yang tidak dapat dibalas dengan nilai wang dan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.
Bagaimana sikap kita terhadap seorang wanita yang bergelar ibu didalam kehidupan kita? Adakah kita benar-benar mengutamakan dirinya? Adakah kita benar-benar mencintainya sehingga kita sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat wanita ini sentiasa gembira didalam kehidupannya? Adakah kita sanggup mengambil cuti hanya untuk duduk disisinya dan berbual mesra dan mengingati saat-saat lalu untuk mengembalikan detik-detik pengorbanan yang telah mereka lakukan keatas diri kita yang tidak mungkin mampu untuk kita membalasnya.
Apakah yang telah terjadi kepada dunia hari ini? Dunia dipenuhi oleh anak-anak yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding dengan ibu-ibu mereka, dunia dipenuhi oleh anak-anak yang mencintai kerjaya, mencintai kekayaan, mencintai nafsu berbanding dengan ibu dan ayah mereka, Mengapa jadi begini? Ini disebabkan ramai anak-anak telah tiada nilai yang sebenarnya terterap dalam diri mereka, mereka tidak dapat mengenal Allah swt didalam kehidupan, mereka lebih mengenali artis, lebih mengenali pelakon, lebih mengenali pemain bola sepak berbanding dengan mengenali Rasulullah saw. Adakah kita sedar apakah yang telah kita terapkan agar anak-anak kita mempunyai nilai-nilai yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah swt. Tanpa kita dapat kembali kepada nilai yang sebenar maka kehidupan ini akan lebih bermasalah dan kehidupan tanpa tujuan.
Dunia memerlukan diri kita untuk mengubahnya, apa yang kita lakukan sekarang akan mengubah segala yang berlaku dimasa akan datang, tanpa kita bersungguh-sungguh melakukannya tiada perubahan yang berlaku, kita hanya mampu melakukan yang terbaik dan keputusan adalah milik Allah swt. Marilah kita mempersoalkan apakah yang terbaik yang telah kita lakukan untuk memberikan keputusan yang terbaik di kemudian hari nanti. Walau apapun keputusan terhadap usaha yang kita lakukan adalah milik Allah swt untuk melihat sejauh mana kita percaya Allah swt mampu melakukan apa sahaja yang Dia ingini.
Semuga kita sentiasa menjadi anak-anak yang diredai oleh Allah swt. Amin
No comments:
Post a Comment